Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cakra sebak detik 'Harus Terpisah' dengan ayah

Mar 18, 2023 | 4:25 PM
Cakra Khan
Cakra Khan - OFFSHORE ENTERTAINMENT

DI ambang sambutan Ramadan dalam beberapa hari lagi, penyanyi Indonesia Cakra Khan dapat rasakan kesyahduan yang menyelubungi jiwa. Cakra, 31 tahun, yang dikenali kerana lagu Harus Terpisah teruja untuk balik kampung di Pangandaran, Jawa Barat, untuk berpuasa dan berkunjung ke masjid bersama ibu, keluarga dan jiran tetangga. Pada masa yang sama, sebak cukup terasa mengenang ayah yang sudah pergi buat selama-lamanya sekitar tiga tahun lalu kerana strok. Menceritakan pilu yang rasa di hati ketika dihubungi Berita Minggu (BM) dalam wawancara promosi konsert Luar Biasa yang bakal dijayakannya di The Star Theatre, Singapura pada 29 April ini, Cakra berkata: "Detik yang paling meruntun jiwa saya adalah ketika ayah saya meninggal. "Walau sudah tiga tahun Almarhum ayah pergi, ia satu detik yang payah diharungi seorang anak, lebih-lebih lagi kerana ayah antara orang pertama yang mendorong saya untuk menjadi penyanyi. "Beliau bersemangat untuk bikin saya selesa dengan kerjaya saya..." Baca laporan penuh wawancara beliau di akhbar ini pada Ahad (19 Mac).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg