Topik diikuti
Pergi ke BHkuCakra sebak detik 'Harus Terpisah' dengan ayah
Mencari penawar, penyejuk hati dan penenang jiwa selepas kehilangan orang tersayang bukannya mudah. Kehidupan perlu diteruskan berkat kesabaran, ketabahan dan doa untuk cekal berjuang. Di ambang Ramadan Khamis ini, dua selebriti serantau berkongsi dengan BERITA MINGGU apa yang diharungi sesudah pemergian orang tersayang dalam hidup mereka. Bintang Indonesia juga teruja balik kampung untuk Ramadan, Lebaran bersama peminat di S'pura
Mar 19, 2023 | 5:30 AM
Cakra sebak detik 'Harus Terpisah' dengan ayah
DI ambang sambutan Ramadan dalam beberapa hari lagi, penyanyi Indonesia Cakra Khan dapat rasakan kesyahduan yang menyelubungi jiwa.
Cakra, 31 tahun, yang dikenali kerana lagu Harus Terpisah teruja untuk balik kampung di Pangandaran, Jawa Barat, untuk berpuasa dan berkunjung ke masjid bersama ibu, keluarga dan jiran tetangga.
