Topik diikuti
Pergi ke BHku'Cari hantu' melalui sains
Lulusan PhD jurusan sains tingkah laku terdorong buat kajian setelah membaca sejarah dan legenda Singapura

MENGENAL PASTI KEWUJUDAN BENDA GHAIB: Meter medan elektromagnet (EMF) yang terletak di tangga menyalakan lampu hijau dan akan berubah kepada lampu merah jika ada kegiatan paranormal, menurut anggota Singapore Paranormal Investigators (SPI), Dr Yasser Mattar (dalam gambar). - Foto NURYAMA ALIAS
'Cari hantu' melalui sains
MEMBACA sejarah dan legenda Singapura seperti kisah Badang, keramat di Kota Singa atau kisah seram di Taman Fort Canning membuat ahli sains tingkah laku dan pakar paranormal, Dr Yasser Mattar, tertarik kepada kajian tentang fenomena itu.
Sebagai ahli sains tingkah laku, beliau merujuk kepada sains bagi mencari penjelasan terhadap kegiatan paranormal iaitu kegiatan yang tidak dapat dijelaskan secara rasional.
