CEF selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan meluangkan lebih banyak masa bersama ibunya Cik Noraini Abdullah yang sedang uzur ketika ini dan "tidak dalam keadaan baik".
Cef Wan yang berusia 64 tahun itu berkata Cik Noraini, 91 tahun, menghidap demensia, barah dan penyakit Alzheimer, dan kini tidak dapat makan sendiri atau pergi ke tandas tanpa bantuan.
"Saya terpaksa memberi makan kepada ibu saya sekarang kerana dia kini tidak mampu untuk menyenduk makanan, dan hanya menatap pinggannya," katanya dalam catatan Instagram baru-baru ini yang mengandungi video ringkas mereka di rumah.
"Dan setiap pagi, selepas memberinya sarapan, kami berjalan perlahan-lahan di sekitar rumah untuk membantu peredaran darahnya."
Cef Wan mengakui bahawa menjaga orang berusia 91 tahun yang mengalami demensia bukanlah mudah kerana ibunya "tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan".
"Apa yang paling menyedihkan, dia mungkin tidak mengenali saya atau orang lain tidak lama lagi.
"Alhamdulillah dia ada saya! Saya sudah maklumkan kepada adik-beradik saya tentang keadaan dia dan memberitahu mereka untuk meluangkan lebih banyak masa bersamanya. Insya-Allah mereka akan berbuat demikian," kata Cef Wan.
Dua tahun lalu, Chef Wan mendedahkan bahawa ibunya telah disahkan menghidap barah.
Beliau berkata bahawa walaupun beliau sangat sedih dengan keadaannya dan akan melakukan "apa yang boleh" untuk menjaganya sehingga nafas terakhirnya.
Cef Wan baru-baru ini telah melancarkan Cafe Chef Wan yang keempat di pusat beli-belah Setia Alam di Selangor.
Beberapa lagi restoran akan dijangka buka di pertengahan bulan Januari tahun depan.
Beliau berura-ura membuka beberapa cawangan lagi pada t2023, termasuk di Kuching, Johor Bahru, Brunei dan Singapura.