Premium
Cemerlang di Jordan dalam bidang kulinari
Bekas pelajar madrasah beralih ke bidang memasak
Mar 12, 2016 | 5:30 AM
MERAIH PINGAT EMAS: Cik Siti Zakiah (kanan) sewaktu menyediakan hidangan bagi pertandingan Laureate Culinary Cup di Chile pada 2014 mewakili negara Jordan, yang menyaksikan pasukan beliau muncul sebagai naib juara dengan pingat emas cemerlang. - Foto ihsan SITI ZAKIAH ZAKARIA -
BUKAN mudah meyakinkan ibu bapanya sewaktu beliau ingin meneruskan pengajian di Jordan.
Ini kerana Cik Siti Zakiah Zakaria bukan mahu melanjutkan pendidikan dalam bidang keagamaan seperti temannya yang lain, tetapi dalam bidang kulinari.

