Satu inisiatif masyarakat baru bagi memperkukuh perkahwinan dan memupuk hubungan keluarga sihat akan diadakan pada 15 Ogos di De Villa Ballroom di Centrium Square.

Daya usaha yang dinamakan Cinta Jannah itu juga bertujuan membantu pasangan mengeratkan semula hubungan dari segi emosi, rohani dan mental.

Acara empat jam yang terdiri daripada ceramah dan forum itu dianjurkan oleh Ikon Women Singapore.

Forum itu akan meneroka langkah-langkah praktikal untuk mengukuhkan keakraban emosi antara pasangan, hubungan sebagai teman hidup yang berkekalan, ikatan kerohanian dan ketahanan keluarga.

Penceramah yang akan berucap di acara itu ialah naib kadi dan ketua pembangunan belia dan masyarakat di Masjid Darul Ghufran, Ustaz Fakhrudin Amin, serta timbalan presiden Persatuan Jurulatih Muslim Singapura yang juga pendidik kehidupan keluarga dan perkahwinan, Dr Rasimah Jar.

Moderator bagi forum itu ialah ketua pegawai eksekutif Tarkiz Pte Ltd, Dr Mohamad Riduan Ishak.

Ceramah dan forum akan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan dibuka kepada pasangan yang sudah berkahwin, serta golongan bujang.

Tiket berharga $50 untuk pasangan, dan $30 seorang.

Pendaftaran boleh dibuat melalui kod QR di poster.

Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi 8948 2613.