Cerita perang dari Jerman menang Filem Antarabangsa Terbaik
Premium
Cerita perang dari Jerman menang Filem Antarabangsa Terbaik
Mar 14, 2023 | 5:30 AM
SEMANGAT JUANG DIIKTIRAF: Pasukan penerbitan filem Jerman, All Quiet On The Western Front, (dari kiri) pereka penerbitan Christian Goldbeck, ahli sinematografi James Friend, pengarah Edward Berger dengan trofi kemenangan masing-masing. - Foto AFP -
KISAH Perang Dunia Pertama, All Quiet On The Western Front, yang dihasilkan di Jerman dan menerima sembilan pencalonan Oscar dinobatkan sebagai Filem Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Academy pada Isnin.
Filem terbitan Netflix dan diarahkan Edward Berger itu turut memenangi tiga anugerah lain bagi Sinematografi Terbaik (James Friend); Skor Asli Terbaik (Volker Bertelmann); dan Rekaan Penerbitan Terbaik (Christian M. Goldbeck dan Ernestine Hipper).

