Premium
Cerpen dapat diubah jadi lirik
Sep 15, 2020 | 5:30 AM
KONGSI ILMU TULIS SENI KATA: Encik Mohd Khair Mohd Yasin memberikan panduan tentang penghasilan lirik daripada sinopsis cerpen dalam Bengkel Penulisan Lirik Lagu Warisan Anak Watan yang dikendalikan dalam Zoom. - Foto ihsan MOHD KHAIR MOHD YASIN -
RASA teruja memenuhi benak penggiat seni, Encik Mohd Khair Mohd Yasin, setiap kali ada permintaan baginya memelodikan sesebuah puisi untuk diperdengarkan di corong radio, pentas sekolah atau majlis sastera.
Sejak usia remaja lagi, beliau berjinak-jinak menjadikan puisi yang dikarang sebagai lirik lagu sehingga ia menjadi persis hobi yang seterusnya menjadi tugasan yang mendatangkan hasil.

