Premium
Cetus kesedaran sosial dalam teater penggerak deria
Jun 15, 2020 | 5:30 AM
BERBAKTI DENGAN SENI: Encik Muhammad Aniq Danish Shukor (barisan kedua, dua dari kiri) dan rakan-rakannya menerbitkan pementasan teater berbilang deria, Riley's Rain, buat kanak-kanak autisme sempena pesta seni The Causeway EXchange di SIngapura, Johor dan Kuala Lumpur. Foto ini dirakam pada 14 September 2019. - Foto ihsan MUHAMMAD ANIQ DANISH SHUKOR -
KERJA seni sukarela yang disalurkan Encik Muhammad Aniq Danish Shukor sebelum ini meliputi pelbagai festival gah seperti Pesta Malam Singapura, Pesta Warisan Singapura, Pesta Belia Singapura dan Pesta Luar Kawasan Sivik.
Namun, terpahat dalam ingatannya adalah projek tahun akhir berupa pementasan berbilang deria, Riley's Rain, yang dikendalikan bersama rakan-rakan daripada Diploma Pengurusan Seni dan Teater di Politeknik Republic (RP).

