Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Che Ta sokong boikot artis ‘penyondol’

Mar 27, 2024 | 11:11 AM
Rozita Che Wan yang bergambar bersama suaminya, Zain Saidin, meletakkan sempadan apabila berlakon dengan suami orang ketika bergelar ibu tunggal bagi mengelakkan salah faham.
Rozita Che Wan yang bergambar bersama suaminya, Zain Saidin, meletakkan sempadan apabila berlakon dengan suami orang ketika bergelar ibu tunggal bagi mengelakkan salah faham. - Foto INSTAGRAM ROZITACHEWAN1

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan menyokong warganet memboikot artis yang terbabit dalam isu salah laku terutama kes ‘sondol’ – iaitu menjadi orang tengah dalam sesebuah perhubungan.

Tidak menyalahkan sebelah pihak, Rozita, atau lebih mesra disapa Che Ta, berkata andai bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi kedua-dua pihak harus dipersalahkan dalam isu curang.

“Jangan hanya letak kesalahan kepada wanita, lelaki pun sama. Sudah tahu ada isteri kenapa nak melayan? Yang wanita pula sudah tahu suami orang kenapa masih nak cuba?

“Umpama pepatah Inggeris ‘it takes two to tango’, kalau sama-sama tak melayan takkan menjadi. Tapi, memang ada orang yang sukakan hak orang,” kata pelakon drama komedi, Kiah Pekasam itu, yang ditemui pada Majlis Grand Iftar Majlis Meraikan Asnaf anjuran GNI Pharma Sdn Bhd di sebuah hotel di Malaysia, baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berkata lazimnya orang terdekat itulah jadi perampas.

“Wanita selalunya akan sakitkan hati wanita lain dan kebiasaannya orang terdekat itulah yang tergamak jadi perampas.

“Sebab itulah saya tiada kawan perempuan dan selesa dengan keputusan dibuat.

“Orang terdekat cenderung ganggu rumah tangga sebab tahu keadaan, kehidupan dan harta benda suami kita,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Kongsi Che Ta, beliau memang meletakkan sempadan apabila berlakon dengan suami orang ketika bergelar ibu tunggal bagi mengelakkan salah faham.

“Ketika mula masuk dalam industri, saya berstatus janda. Biasanya, bila di set, saya takkan berbual sangat dengan pelakon lelaki yang sudah berkahwin atau yang ada kekasih kerana tak mahu pasangan mereka cemburu.

“Ada juga isteri pelakon lelaki memberi kata dua kepada pihak penerbitan sama ada pilih saya atau suami mereka.

“Tapi, saya tak berkecil hati kerana setiap isteri memang perlu ada rasa curiga,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg