Topic followed successfully
Go to BHkuChris Rock bincang video minta maaf Will Smith
Chris Rock bincang video minta maaf Will Smith
Chris Rock bincang video minta maaf Will Smith
PELAWAK Chris Rock telah membincangkan isu video permohonan maaf penuh emosi yang dirakamkan aktor Will Smith, yang disiarkan di YouTube pada Julai lalu dan memanggilnya sebagai "video tebusan".
Rock naik ke pentas di Arena O2 London pada Sabtu lalu dengan rakan pelawak Dave Chappelle sebagai sebahagian daripada siri jelajah Eropah mereka.
Dengan secara seloroh tetapi agak pedas untuk didengar, Rock menyamakan insiden beliau ditampar Smith sama seperti Smith membawa watak Ali dalam filem mengenai petinju Muhammad Ali, Ali 2001.
"Ya, itu menyakitkan. Dia memainkan watak Ali. Tetapi saya sendiri tak mampu membawa watak petinju Floyd Mayweather," selorohnya.
Pada acara penyampaian Anugerah Academy pada Mac lalu yang disiarkan secara langsung di televisyen, Smith, 53 tahun, telah naik ke atas pentas dan menampar Rock, 57 tahun. Ini selepas Rock membuat jenaka tentang isteri Smith, Jada Pinkett Smith, 50 tahun, yang menghidap penyakit alopecia dan muncul dengan rambut yang dicukur.
Smith kemudiannya meletak jawatan dari Academy of Motion Picture Arts and Sciences.
Beliau telah dilarang daripada menghadiri majlis Oscar selama 10 tahun sebagai denda tindakan beliau terhadap Rock.
Dalam permohonan maaf yang tular dan dirakam selama enam minit, beliau bercakap terus kepada kamera dan kelihatan menahan air mata dan berkata beliau akan terbuka untuk bercakap dengan Rock apabila pelawak itu sudah bersedia.
Rock sebelum ini membandingkan Smith dengan bekas eksekutif muzik Death Row Records, Suge Knight, yang sedang menjalani hukuman penjara selama 28 tahun kerana telah kesalahan membunuh.
Semasa membuat kemunculan di London, Rock sekali lagi memanggil bintang Hollywood itu "Suge Smith".
Beliau mengulangi bahawa beliau kembali bekerja pada hari berikutnya selepas insiden tamparan itu dan beliau bukan mangsa, yang disebutnya secara ringkas dalam rancangan sebelum ini.
Tamparan Smith juga disebut lagi semasa set Chappelle, yang diikuti oleh Rock, di mana beliau bercakap tentang pengalamannya sendiri diserang di atas pentas pada bulan Mei.
Chappelle, 49 tahun, mengakhiri perbincangan itu dengan meminta penonton agar menjadi diri mereka sendiri, tidak seperti Smith yang "merasakan dirinya sebagai lelaki sempurna selama 30 tahun".
Beliau menambah: "Saya hanya berharap dia akan memakai topeng itu kembali."
