Topik diikuti
Pergi ke BHkuCikgu Dolah guna lagu semarak bahasa
Premium
Cikgu Dolah guna lagu semarak bahasa
Jan 5, 2020 | 5:30 AM
Cikgu Dolah guna lagu semarak bahasa
DUA MINAT GURU PESARA: Muzik dan mengajar masih membara dalam jiwa guru pesara, Encik Abdolah Lamat. Malah pada usia 72 tahun, beliau giat menjadikan pembelajaran bahasa Melayu menarik buat kanak-kanak menerusi penggunaan lagu. - Foto BM oleh KEVIN LIM -
DUA minat guru pesara Encik Abdolah Lamat iaitu muzik dan mengajar masih membara dalam jiwanya, malah pada usia 72 tahun, beliau giat menjadikan pembelajaran bahasa Melayu menarik buat kanak-kanak menerusi penggunaan lagu.
Beliau khuatir "bahasa Melayu hilang di rumah" jika ibu bapa serta datuk nenek menggunakan bahasa Inggeris sahaja dalam pertuturan harian.
