Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

HOLLYWOOD

Cinta lokasi di semua set 'Spider-Man'

Dec 31, 2021 | 05:30 AM



KADANGKALA tertanya-tanya apakah set penggambaran filem 'Spider-Man' menjadi ruang di mana bunga-bunga cinta mekar di antara dua pelakon utamanya?



Jika kini pengamat dunia hiburan barat sibuk membincangkan tentang percintaan yang terbina antara pelakon 'Spider-Man: No Way Home', Tom Holland dan Zendaya, tahukah anda bahawa pasangan pelakon dalam filem 'Spider-Man' terdahulu juga pernah menjalin kasih?



Tobey Maguire, 46 tahun, dan Kirsten Dunst, 39 tahun, yang menjayakan filem 'Spider-Man', 'Spider-Man 2' dan 'Spider-Man 3', pernah keluar dating dan bercinta.



Majalah Cosmopolitan melaporkan mereka mula tertarik pada satu sama lain sejak awal berlakon dalam filem tersebut pada 2001 tetapi merahsiakan hubungan mereka.



Pengarah francais filem itu, Sam Raimi memberitahu akhbar Sydney Morning Herald bahawa dia prihatin akan hubungan cinta Maguire dan Dunst.



"Kalaulah mereka putus cinta di tengah-tengah penggambaran filem ini, keserasian antara mereka pastinya terjejas.



"Ternyata mereka putus cinta sebelum filem kedua menjalani penggambaran. Saya khuatir sebab saya tahu mereka suka sama suka. Kalau kepercayaan tak ada, sukar bukan?" jelas Raimi.



Menurut Dunst pula, dia dan Maguire bersikap profesional dan tidak akan membiarkan cinta yang tidak menjadi menjejas hubungan mereka di set penggambaran.



"Kami masih boleh wujudkan keserasian itu. Tiada masalah sebab kami masih boleh kenyit mata pada satu sama lain dan teruskan kerja kami seperti biasa," kongsinya.



Mereka dikatakan putus kerana Dunst tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diraihnya bagi filem itu jauh lebih rendah daripada bayaran Maguire.



Sedang Dunst kini hidup bahagia bersama tunangnya, Jesse Plemons, Maguire pula mendirikan rumah tangga dengan pereka barang kemas, Jennifer Meyer, selama 13 tahun sebelum bercerai tahun lalu.



Bintang 'The Amazing Spider-Man' dan 'The Amazing Spider-Man 2', Andrew Garfield, 38 tahun, dan Emma Stone, 33 tahun, juga pernah menjalin cinta di set penggambaran.



Mereka yang dikatakan jatuh cinta pandang pertama pada 2011 putus cinta pada 2015, setahun setelah filem kedua mereka ditayangkan.



Kerana mereka menjalani penggambaran bagi filem lain dan berjauhan selalu, jarak jauh itu dikatakan menjadi punca pemisah meskipun mereka kini kekal sebagai sahabat baik.



Dek terputusnya hubungan dua pasangan ini, ramai yang mula tertanya-tanya sejauh mana percintaan Holland dan Zendaya, kedua-duanya 25 tahun, akan bertahan?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >