Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MEKAR BERKAT DORONGAN ‘ORANG LAMA’

'Cintaku Yang Sepi' buka jalan jururawat berseni

Sep 25, 2020 | 05:30 AM



Bakat Singapura khususnya yang masih baru dalam dunia rakaman suara memerlukan wadah yang dapat menjadi tempat mereka meluah rasa dan berkongsi kata-kata semangat. Dua penyanyi tempatan yang baru merakam 'single' pertama atau kedua menceritakan cara mereka menyesuaikan diri dalam pentas seni yang penuh cabaran dengan bantuan artis mapan lebih berpengalaman. BERITA HARIAN melaporkan.




JURURAWAT Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Mohamed Shariff Jupri, yang lebih mesra dengan nama pentas Aryff Shah, mula menyanyi sejak usia lima tahun lagi.



Beliau sering mengikuti bapanya menyanyi di kelab masyarakat bahkan turut mencuba nasib menyertai beberapa pertandingan adu bakat di Singapura dan Malaysia.



Pada usia 28 tahun kini, Aryff sudah menghasilkan 'single' sulungnya, Cintaku Yang Sepi.



Lagu ini terhasil daripada penglibatannya dengan sebuah syarikat penerbitan muzik.



Ia merupakan hasil ciptaan Wanz Barons, lirik tulisan Aryff sendiri dengan susunan lagu oleh Guzzbuzz Productions.



Dalam pandemik Covid-19 melanda, pekerja barisan hadapan ini akur tidak banyak yang dapat dilakukan bagi mempromosikan 'single' sulungnya ini.



Justeru itu, beliau rasa bertuah dapat mengemukakan lagunya ini bagi rancangan dalam talian, Carta Dasyat Giler, yang disiarkan menerusi Facebook 'Dasyat Giler' mulai 9 malam ini.



Aryff juga berterima kasih dengan beberapa bakat mapan yang sudi membantunya yang masih baru dalam dunia seni tempatan.



Ikuti wawancara bersamanya.



Soalan (S): Siapakah sumber inspirasi Aryff dari segi nyanyian?



Aryff (A): Alif Satar mencetus inspirasi buat saya. Beliau serba boleh dalam bidang seni dan memiliki suara yang merdu.



Alif boleh berlakon dan mengacara selain menyanyi. Setiap lagu yang dibawanya terasa keikhlasannya dan penuh penjiwaan.



S: Ceritakan tentang lagu 'Cintaku Yang Sepi'.



A: Cintaku Yang Sepi mengisahkan tentang percintaan yang gagal di tengah jalan dan tidak kesampaian kerana kecurangan salah seorang daripada pasangan kekasih ini.



Justeru, inilah perasaan seseorang yang ditinggalkan. Bagaimanapun, ia bukan kisah hidup Aryff tetapi terjadi kepada seseorang yang dikenali. Dari situlah, Aryff dapat inspirasi menghasilkan lirik lagu ini.



S: Apakah perasaan Aryff dapat libatkan diri dalam rancangan 'Carta Dasyat Giler'?



A: Inilah wadah yang baik dan berkesan buat bakat Singapura yang memiliki 'single' mempromosikan lagu mereka di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Dalam tempoh mencabar ini, sukar bagi kami menyanyikan lagu kami dalam acara awam.



Bagi saya, rancangan yang diusahakan Abang Sham Wahab dan Abang Olly Ismail ini sangat membantu buat bakat baru seperti saya.



S: Apakah hobi anda?



A: Menyanyi karaoke lebih menggembirakan saya berbanding keluar bersiar atau melepak.



Saya juga suka bermotosikal dan menjelajah kota Singapura dan Malaysia bersama teman-teman.



S: Bagaimana anda lihat persada seni di Singapura kini? Apa lagi yang diperlukan bagi memberi semangat buat bakat muda seperti anda?



A: Singapura memiliki ramai bakat muzik tetapi mungkin tidak atau kurang diberi peluang dan sokongan.



Persada seni di sini sangat kecil berbanding negara jiran, Malaysia dan Indonesia.



Jika diberi peluang mencuba arena seni di seberang Tambak, pasti ramai bakat Singapura termasuk Aryff ingin cuba bekerjasama dan mengumpul pengalaman berharga dengan kru penerbitan muzik di sana.



Bagi menghasilkan persada seni yang rencam lagi bertenaga di Singapura, kita harus bersatu hati dan menyokong satu sama lain.



Banyak yang saya ingin pelajari tentang cara berseni dan mendapat respons baik daripada orang ramai.



Lihat kejayaan Khai Bahar dan Alif Satar. Perjalanan seni mereka yang merendah hati membuatkan Aryff ingin terus bekerja keras demi mencapai impian.



Seberapa boleh, Aryff ingin berusaha menembusi pasaran Malaysia, Indonesia dan Brunei. 'Single' kedua Aryff pula dijadualkan keluar selepas wabak koronavirus ini reda.




'CARTA DASYAT GILER'



RANCANGAN Carta Dasyat Giler bagi memberi pendedahan buat bakat tempatan yang sudah merakam 'single' akan disiarkan di laman Facebook 'Dasyat Giler' mulai 9 malam ini.



Berikut adalah lagu-lagu dalam carta, tanpa mengikut kedudukan memandangkan ini adalah minggu pertama dan menanti undian penonton mulai malam ini hingga Jumaat depan.



1. Dalam Diam (Tiesha)



2. Syarifah Syaqiyya (Wan Mohd Fuad)



3. Hipnotiz (Poetic Maleeka)



4. Perpisahan Cinta (Hir)



5. Ku Putuskan Kasih Kita (Dinodi)



6. Kata Rindu (Nur Athirah)



7. Aku Mengingatimu (Sejora)



8. Inspirasi Rinduku (Amy Hakimii)



9. Cinta Larangan (Fatin Serulinglady)



10. Aku Hanya Mampu (Dayak)



11. Mungkiri (Erynn Eriynee)



12. Untuk Kali Terakhir (Juffri Alui)



13. Cintaku Yang Sepi (Aryff Shah)



14. Balut (YK)



15. Digari Rindu (SanoTri)



16. Sampai Bilakah (Fido dan Edyll)



17. Cinta Setengah Mati (Mansor Warren)



18. Cepat Abang Sayang (Fiezah menampilkan Skye)



19. Mama (Rahmat Damansari)



20. Wanita (Izhar Hidayat)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >