Premium
Cipta alat legakan semput mesra kanak-kanak
Apr 5, 2016 | 5:30 AM
MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA SI CILIK: Cik Nur Syahidah (kiri) dan Cik Tay (kanan) mengajar pasangan kembar, Hailey Pereira (dua dari kiri) dan Lailaha Pereira, cara menggunakan alat sedut ubat semput bermotif haiwan yang kelihatan lebih selesa, selain tidak menggerunkan bagi kanak-kanak yang menggunakannya. -
APABILA datuknya dilanda penyakit semput dan perlu mencari kelegaan pernafasan dengan menggunakan alat sedut tahun lalu, Cik Nur Syahidah Roslan sudah memikirkan idea bagi projek tahun akhirnya.
Bezanya, alat penyedut yang dicipta bersama rakan sekursusnya, Cik Tay Jing Ying, dikhususkan buat kanak-kanak berusia antara lima dengan lapan tahun.

