Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ciri keselamatan bolehkan pelanggan bank kunci simpanan untuk akses bersemuka sahaja

Oct 12, 2023 | 05:30 AM



Satu ciri keselamatan yang membolehkan pelanggan bank menyekat simpanan mereka daripada transaksi digital akan dilancarkan bank DBS, OCBC dan UOB menjelang akhir November.

Setelah dikunci, wang itu tidak boleh dipindahkan melalui cara digital, tetapi hanya boleh dialihkan secara peribadi di ATM atau di cawangan, bergantung pada bank lapor The Straits Times (ST).


Ciri “kunci wang” ialah langkah terbaru yang digunakan oleh bank untuk menyukarkan penipu menyedut wang daripada akaun yang digodam. 

Ini berlaku sedang kes penipuan terus melanda negara ini, dengan lebih 750 mangsa kehilangan sekurang-kurangnya $10 juta secara keseluruhan selepas menjadi mangsa penipuan perisian hasad pada separuh pertama 2023.

Khidmat DBS Bank yang digelar digiVault, akan membenarkan pelanggan mengunci simpanan mereka secara digital dalam akaun yang ditetapkan memastikan dana itu tidak boleh dikeluarkan.

Melancarkan ‘kunci’ itu akan mengambil masa kurang daripada 30 saat, dan tiada had kepada jumlah yang boleh dikunci, kata jurucakap DBS dalam menjawab pertanyaan daripada ST.

Selepas dikunci, pelanggan hanya akan dapat keluarkan simpanan itu jika mereka sendiri pergi ke cawangan bank, di mana mereka akan diminta untuk menunjukkan bukti identiti, seperti pasport atau kad pengenalan.

Bank itu sedang meneroka pilihan lain untuk pelanggan membuka kunci peti besi, yang akan diumumkan pada November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >