Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cliff Umar beri kejutan, juarai GV7

Dec 14, 2020 | 02:32 AM



MINGGU lalu, vokalis kumpulan 'indie' Projek Pistol, Cliff Umar, berada di tangga terbawah Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 7 (GV7).



Kalau tidak kerana Astro mengambil keputusan untuk tidak menyingkirkan sesiapa di peringkat separuh akhir, perjalanan Cliff mungkin terhenti minggu lalu.



Keputusan menampilkan tujuh finalis dibuat Astro sebagai satu kelainan dan bagi memasangkan mereka dengan tujuh mantan juara GV dari musim-musim sudah di medan pertarungan akhir.



Namun bak pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, gelaran juara GV7 berpihak pada Cliff pada Ahad malam (13 Disember).



Beliau memukau juri, Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow, dengan membawa persona berbeza yang memalit wajahnya serba putih dan tampak ngeri dengan dandanan persis watak antagonis The Joker.



Persembahannya yang diibaratkan seperti mengubah ruang Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bak dewan konsert rok begitu hidup.



Baik ketika mendendangkan lagu solo Nakal dendangan asal band Indonesia Gigi mahupun sewaktu berganding suara dengan juara GV5, Noryn Aziz, dalam lagu I'd Do Anything For Love (nyanyian asal kumpulan Meat Loaf), Cliff membawa penonton ke dimensi dunia muzikal teatrikal.



Dalam pusingan 'battle' tiga penjuru bersama peserta paling digemari, Muss dan Oja, Cliff juga menampakkan 'taringnya' ketika membawakan lagu hip hop ikonik Nico, Inilah Nasibku. 



Dari awal lagi, Cliff  yang membawa pulang RM100,000 ($33,005), trofi GV dan hadiah penginapan suite tajaan Royale Chulan Hotel & Resorts Malaysia sebagai ganjaran kemenangan merupakan peserta 'dark horse' dan 'underdog' yang namanya tidak disebut-sebut sebagai bakal juara.



Berbekalkan semangat membaranya untuk selalu memberi yang terbaik, Cliff yang terkenal dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (bersama Projek Pistol) menewaskan roker Muss yang menduduki tangga kedua dengan hadiah wang tunai RM50,000 dan penyanyi serta usahawan Sabah, Ayu Damit yang meraih RM30,000.



Ratu Irama Ethnik, Noraniza Idris, berada di tempat keempat dengan membawa pulan RM20,000 disusuli dengan Linda Nanuwil di tempat kelima (hadiah RM15,000), Oja di tangga keenam (RM10,000) dan Ashira di tangga ketujuh (RM5,000).



Dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung oleh laman Instagram Astro Gempak pada dinihari Isnin (14 Disember), Cliff menyatakan:



"Saya anggap kemenangan ini bukan sebagai kejayaan saya tetapi ia buat semua yang sudah bertungkus-lumus menjayakan acara ini termasuk keluarga besar saya iaitu rakan-rakan dalam peraduan ini dan pasukan penerbitan GV7.



"Saya rasa terharu dan berbesar hati dapat menimba ilmu dalam pertandingan ini serta berjumpa legenda-legenda yang sama-sama bertanding. Saya takkan memasuki peraduan ini kalau ia tidak diadili orang-orang berpengalaman dalam bidang muzik seperti Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat."



Muss pula tidak kecewa walaupun warganet menaruh harapan beliau akan bergelar juara GV7. Beliau menghargai setiap minggu berada di pentas pertandingan dan mencuba sesuatu yang baru.



"Warganet boleh dan bebas berkata apa yang mereka inginkan. Saya hargai setiap kata-kata motivasi dan penghargaan peminat. Saya hanya fokus dalam memberikan yang terbaik setiap minggu. Semuanya bergantung pada rezeki.



"Saya bersyukur dan melihat GV sebagai pentas yang memberikan saya peluang mencuba sesuatu yang saya tak pernah bayangkan saya akan buat kalau tidak masuk bertanding. Saya dah cuba macam-macam genre muzik. Pengalaman itu amat saya hargai," kongsinya.



Pelbagai komen warganet mengenai kemenangan Cliff mengisi ruang siber. Ada yang gembira dan merasakan beliau layak bergelar juara. 



Sepertimana kata Khairul Asyraf Nasir:



"Saya suka Cliff yang terkejut apabila diumumkan sebagai juara. Dia tahu warganet tetap akan mengecamnya sebab dia menang tapi dia berucap dengan penuh kerendahan hati. Dia tak menganggap gelaran juara itu miliknya seorang. Dia menghargai semua finalis GV7."



Sulaiman Ismail pula menambah:



"Ramai mengeji Cliff jadi juara. Tapi, dalam apa kerja kita buat, kita menikmatinya. Cliff sentiasa merendah hati. Bagi saya, gelaran juara wajar menjadi miliknya. Sebab beliau menunjukkan beliau menikmati persembahan yang disajikan. 



"Lagu asal dicedok bulat-bulat tanpa ubah apa-apa. Itu kunci kemenangan. Sebab orang suka irama 'original' bukan yang diubah-ubah."



Ada warganet pula yang kurang senang, lebih-lebih lagi ketika Cliff dengan bersahaja menyatakan, "Tatacara Operasi Standard (SOP) kadangkala membingitkan saya..." apabila beliau ingin membuka penghadang wajahnya ketika ingin berucap selepas dinobatkan sebagai juara. 



Sesetengah warganet menyifatkan kata-katanya tidak wajar dan kurang menghormati langkah kawalan yang dibuat sebagai peraturan berjaga-jaga sewaktu pandemik Covid-19.



Cliff bagaimanapun meminta maaf dalam sidang akhbar yang diadakan jika kata-katanya itu disalah anggap sebagai tidak menghormati atau kurang peka dengan SOP.



Kata penyokong Muss yang hampa, Siti Esah:



"Muss setiap minggu membawa segala genre lagu dengan baik. Tiba-tiba, Cliff menang. Tak patutlah."



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >