Premium
Dakwah melalui pementasan komedi
Pendakwah dan penghibur bergabung sampaikan pengajaran kepada penonton
Mar 19, 2016 | 5:30 AM
GANDINGAN JAMIYAH DENGAN PELAWAK TEMPATAN: Sidang media Keramat Bernisan Tiga Suku yang diadakan baru-baru ini anjuran Jamiyah Singapura dihadiri (dari kiri) Dr H.M. Saleem, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, Encik Mohd Yunos Mohd Shariff, Husin Saaban, Yan Bora dan Isa Bora. -
TEATER komedi berunsur dakwah, Keramat Bernisan Tiga, yang pernah mendapat sambutan hebat ketika kali pertama dipentaskan sedekad lalu, akan kembali menemui penonton pada 14 Mei ini.
Teater yang yang membongkar isu berkaitan dengan amalan khurafat kembali dengan tajuk tambahan, Keramat Bernisan Tiga Suku. Kali ini ia dianjurkan oleh Jamiyah Singapura.

