Premium
Dalami daya fikir dan emosi anak didik untuk berjaya
Nov 4, 2018 | 5:30 AM
TERUJA DAPAT SUNTIK SEMANGAT BARU: Pendidik bersekutu, Encik Saiful Reduwan Mohamed Noor (dua dari kiri) yang baru-baru ini meraih ijazah Sarjana Muda Psikologi daripada Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) terharu bekas pelajarnya (dari kanan) Encik Sharham Sridhar, Cik Nur Liyana Abdul Samad dan Encik Muhammad Ad-Deen Khairy kini membangun cita-cita dalam bidang seni, grafik dan muzik. - Foto BM oleh HARYANI ISMAIL -
Kerjaya yang dibina dua karyawan ini dalam sektor pembangunan belia menjadi lebih bermakna apabila anak muda yang diasuh dan diperkasa dengan ilmu dan kemahiran hidup menampakkan kemajuan. Pelbagai usaha mempertingkatkan diri mereka sendiri dijalankan bagi memastikan mereka dapat terus membawa nilai tambah dalam kehidupan anak didik mereka. Apakah nikmat berada dalam sektor belia? Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
IMPIAN pendidik bersekutu Encik Saiful Reduwan Mohamed Noor dalam memburu segulung ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi didorong keinginan memahami lebih mendalam daya fikir dan emosi anak didiknya.

