Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Danny X-Factor lebih suka pandu Grab dari kerja seni

Nov 9, 2024 | 11:38 AM
Pelakon yang juga penyanyi, Danny X-Factor, selesa dengan tugas memandu Grab kerana wang yang diperolehi saban hari tanpa beliau perlu menyusahkan isterinya dalam melangsaikan bil.
Pelakon yang juga penyanyi, Danny X-Factor, selesa dengan tugas memandu Grab kerana wang yang diperolehi saban hari tanpa beliau perlu menyusahkan isterinya dalam melangsaikan bil. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

Rasa malu tidak perlu ada dalam diri kalau keinginan kuat untuk mencari rezeki halal.

Itulah yang dirasakan pelakon, Danny X-Factor, apabila ditanya mengenai tugasnya kini sebagai pemandu Grab.

Kerana bersemangat, Danny atau nama sebenarnya, Mohd Khardanie Anwa, 44 tahun, sanggup bangun seawal 4 pagi untuk mula memandu dan menghantar penumpang.

Menurutnya kepada laman mStar, tugas itu diteruskan kerana beliau tidak mahu menyusahkan keluarganya sehingga perlu meminta wang daripada isterinya, seorang pramugari.

Danny yang pernah menganggotai ‘boyband’ X-Factor dan menjadi pengacara rancangan Jaguh Joran di TV1, RTM, menganggap tugasnya kini lebih memuaskan daripada kerja seni yang pernah dilakukan dalam industri hiburan.

“Saya seronok dan rasanya berbaloi memandu Grab. Apabila bertugas dalam bidang penerbitan, bayarannya memang lumayan dan mencukupi tetapi cepat pula duit ini hilang.

“Apabila memandu Grab, saya mempunyai wang setiap hari untuk bayar bil.

“Saya akan mula bekerja pada 4 pagi dan pulang sebelum maghrib. Saya sebenarnya lagi suka memandu daripada terlibat dalam kerja seni.

“Dengan cara ini, tak perlulah saya meminta-minta wang daripada isteri,” kongsinya.

Beliau juga akur masalah kewangan merupakan antara punca utama perkahwinan selebriti masa kini goyah.

“Isteri saya bahkan berkata kalau saya dapat bawa pulang RM50 ($15.10) setiap hari, itu sudah mencukupi. Setiap isteri mahu lihat suaminya bekerja,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Unifi TV, Sebelum Titik Noktah, pada 7 November.

Walaupun terlibat dalam penggambaran drama sekali-sekala, Danny akan meluangkan masa untuk memandu Grab kerana pendapatan mantap dan bertali arus yang diperolehi.

Beliau mula memandu Grab sejak 2017 tetapi hanya untuk tiga kali seminggu.

Apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria, bertugas di luar negara, Danny akan menjaga anak-anak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg