Premium
Dari bintang YouTube ke ikon pengarah muda
Mereka hanyalah orang biasa dan bukanlah selebriti mapan dengan nama besar dan senarai pencapaian bertahun lamanya yang boleh dibanggakan. Namun, berkat bakat dan keikhlasan yang ada, nama tiga individu ini menjadi tular di media sosial. Siapakah mereka dan apakah impak mereka dalam kehidupan warganet? BERITA HARIAN melaporkan.
Feb 5, 2021 | 5:30 AM
DIIKTIRAF KERANA BAKTI: Pengarah, pelakon dan selebriti Internet, Syahmi Sazli, dipilih sebagai Ikon Pengarah Muda kerana mencetus inspirasi buat anak muda dan menggalak golongan kurang upaya berseni. - Foto ROJAK DAILY -
SUATU ketika dahulu, pelakon, pengarah dan selebriti Internet, Muhd Syahmi Sazli, merupakan mahasiswa kejuruteraan elektrik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang memutuskan untuk berhenti sekolah bagi meneruskan minatnya menjadi bintang YouTube.
Kini Syahmi, 25 tahun, yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, semakin meningkat naik namanya setelah dua projek yang dijayakan serta diterbitkan sewaktu musim pandemik Covid-19 mencapai kutipan yang menggalakkan.

