Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dari kanak-kanak ‘aneh’, Hrithik kini terbang tinggi dalam ‘Fighter’

Jul 10, 2023 | 05:30 AM



Peminat pelakon kacak Bollywood, Hrithik Roshan, kini ternanti-nantikan tayangan filem aksi Fighter yang akan menggandingkannya dengan jelitawan Deepika Padukone.


Filem arahan Siddharth Anand ini dijangka ditayangkan di pawagam pada 25 Januari 2024.

Sedang ramai warganet menghitung hari, Hrithik, 49 tahun, berkongsi di Instagram bahawa Fighter akan dapat ditonton dalam masa tujuh bulan lagi. Beliau menggunakan tanda pagar #7monthstoFighter.


Hrithik, yang merupakan anak penerbit dan pengarah Rakesh Roshan, bermula sebagai pelakon cilik dalam beberapa filem arahan bapanya pada 1980-an.

Beliau kemudian menjadi penolong pengarah bagi empat filem arahan dan terbitan bapanya sebelum mengambil keputusan menyambung kerjaya lakonannya.

Pada usia enam tahun, datuknya J. Om Prakash, memintanya membintangi filem yang dijayakan Jeetandra dan Reena Roy, Aasha.







Hrithik pula hidup sebagai anak kecil yang berasakan dirinya kekurangan kerana jari tambahan pada tangan kanannya. Sesetengah kanak-kanak enggan menghampirinya kerana takut.

Beliau juga gagap sejak usia enam tahun sehingga menimbulkan masalah kelancaran pertuturan di sekolah.

Hrithik kerap membohongi gurunya bahawa beliau cedera atau sakit kerana ingin dikecualikan daripada ujian lisan. Namun, lama-kelamaan beliau dibantu oleh sesi terapi pertuturan harian.

Kini, Hrithik adalah bintang yang berjaya bahkan telah memenangi banyak anugerah lakonan. Beliau juga pelakon yang pandai menari.

Menurut Siddharth, watak Patty yang Hrithik bawakan dalam filem Fighter itu dicorak seperti ia benar-benar miliknya sendiri.


“Hrithik boleh bertukar-tukar watak dengan mudah. Beliau menyesuaikan dirinya dan jadi watak berkenaan untuk setahun. Beliau membawa bersamanya ketulusan seorang pelakon yang boleh bertahan untuk penggambaran sesebuah francais filem.

“Bukan masa itu sahaja beliau baru menjiwai wataknya. Hrithik sudah lama bekerja keras untuk wujudkan watak Patty agar ia dapat dibezakan dengan watak-watak lain yang pernah dibawakannya.

“Memang beliau idaman setiap pengarah. Beliau berikan segalanya dan komited pada filem ini. Memang seronok bekerja dengannya,” ujar Siddharth.

Fighter sudah ditunda tarikh tayangannya beberapa kali.


Pada awalnya, ia dijadual terbit pada September 2023.

Sebelum itu, filem tersebut dikatakan akan diterbitkan pada Januari 2023 tetapi ia bertembung dengan keluarnya filem Shah Rukh Khan, Pathaan, yang juga diarah Siddharth dan dibintangi Deepika.


Malahan, awalnya, ia juga dijadual diterbitkan pada September 2022.

Filem itu adalah drama aksi udara pertama India. Lokasi penggambaran filem itu dibuat di serata dunia. Ia memberi sanjungan kepada pengorbanan dan keberanian juruterbang India.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >