Dari 'Mat Yoyo' ke 'Fashion Unlimited' sebelum terajui Suria
Premium
Dari 'Mat Yoyo' ke 'Fashion Unlimited' sebelum terajui Suria
Feb 2, 2020 | 5:30 AM
PENGALAMAN LUAS: Menyertai TV Melayu lebih dua dekad lalu, Cik Sabariah memiliki pengalaman luas sebagai penulis, penerbit dan hos rancangan sebelum diserahkan tugas mengetuai stesen Suria dan radio pada 2018. -
APABILA saluran Melayu Prime 12 Singapore Television Twelve diubah kepada Suria dua dekad lalu, Cik Sabariah Ramilan yang ketika itu merupakan penerbit eksekutif yang baru dipindahkan daripada saluran Inggeris ke Melayu, merupakan antara yang bertanggungjawab menghasilkan rancangan pelancarannya, Sinaran Suria.
Beliau berhijrah kembali ke saluran Melayu setelah meraih lebih lapan tahun pengalaman menghasilkan rancangan-rancangan bertaraf antarabangsa dalam era 1990-an, antaranya seperti Fashion Unlimited yang membawanya menjelajahi dunia fesyen antarabangsa termasuk wawancara dengan ikon terkenal, mendiang Yves Saint Laurent, di Paris.

