Topik diikuti
Pergi ke BHkuGuna simpanan $70,000 buka studio kek, roti
Ramai peniaga berpangkalan di rumah dihambat faktor seperti modal, pengetahuan berniaga dan keyakinan memulakan ruang berniaga yang fizikal. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau dua syarikat yang mengatasi cabaran itu bagi melebarkan sayap perniagaan mereka menjangkaui rumah mereka.
Aug 12, 2016 | 5:30 AM
Guna simpanan $70,000 buka studio kek, roti
MEMBUKA kedai roti memang agak menggentarkan bagi peniaga dari rumah, Cik Suriani Abdul Samad, walaupun ia sesuatu yang sangat diidamkan.
Selepas lebih 10 tahun berniaga roti dan pastri dan mengajar orang tentang kemahiran itu dari rumah, Cik Suriani, 45 tahun, akhirnya mengetepikan kebimbangannya dan melabur simpanan sebanyak $70,000 untuk membuka studio membuat roti dan kek, Sisters Cookies di West Coast dua tahun lalu.