Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘IBU GLAMOR’ DRAMA TV

Dari peranan ibu murung atau pekak, Rosita jadi mama 'glam'

Peranan selaku ibu yang pernah dimainkan dramatis veteran seperti Jorah Ahmad, J. Rosmini, Pon Bachik dan Jainon Pari adalah yang kini digalas dramatis masa kini, Junaidah Eksan dan Rosita Hussin. Namun, mereka mewakili golongan ibu masa kini yang berkerjaya dan berwawasan serta tampil dengan semangat baru di kaca televisyen anda. BERITA HARIAN melaporkan kisah kededuanya.
May 01, 2023 | 05:30 AM



SEBELUM ini, Rosita Hussin pernah membawa watak ibu cacat pendengaran dalam telefilem Hari Ibu, Mamaku Bibikku.



Beliau juga pernah menggalas amanah sebagai ibu yang berubah-ubah sikapnya daripada ceria kepada suram menyusuli kematian anaknya dalam drama Tekan Minyak Siri 2.



Kededua peranan ini membawa pada Rosita, 47 tahun, menjulang dua piala Pesta Perdana sekali gus dua tahun lalu.



Apabila diberi watak ibu berkerjaya pengurus hotel yang diberhentikan kerja bernama Lina dalam telefilem Lebaran Manisan Syawal, Rosita memikirkan tentang cara terbaik untuk menyampaikan pesanan tentang persahabatan dan semangat keusahawanan.



Lina bersahabat baik dengan Farah (lakonan Junaidah Eksan) dan saling tolong menolong.



Selepas dibuang kerja, Farah mengusulkan agar Lina mula menyiapkan kuih sebagai terapi.



Lina memang terbiasa menjalani kehidupan glamor dan aktif di media sosial, sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada hidupnya.



Perkara kecil menjadi besar apabila Lina menggunakan resipi kuih tart Farah dan mengubahnya menjadi sajian sihat sekali gus memintas perniagaan sahabatnya.



Timbullah persengketaan yang akhirnya terhurai dengan kerjasama anak-anak yang berkasih dan menjadi pendamai.



"Sememangnya telefilem ini melucukan tetapi buruklah dah umur-umur macam ni nak bergaduh dengan kawan. Isunya boleh dikaitkan dengan semua orang yang ada sahabat baik.



"Kalau ditanya tentang nilai persahabatan yang dapat saya cungkil daripada telefilem ini adalah bersahabat tidak bermakna kita perlu jumpa setiap hari. Kita harus jaga aib masing-masing dan mendoakan kesejahteraan sahabat kita.



"Jangan ada rasa dengki. Saya ada kawan-kawan yang meskipun kita jarang jumpa tetapi kita saling mendoakan.



"Sekali-sekala kita bertemu, banyak yang dapat diluahkan dan diceritakan. Kita saling mempercayai. Ia lebih baik daripada teman yang selalu berjumpa tetapi sedikit-sedikit rasa terkesan dan memerah tenaga kita. Tak perlulah teman yang selalu cari pasal dengan kita," kongsi Rosita.



Dengan dirinya membawa lebih banyak peranan sebagai ibu kini, Rosita akan kenangkan pelakon yang pernah membawa watak ibu kepadanya dalam drama dahulu.



"Saya paling 'klik' dengan Kak Jainon Pari yang menjadi ibu saya dalam 2x5 Dol. Kami memang macam ibu dan anak sebenar.



"Beliau pelakon yang bagus dan mampu menghidupkan jiwa keibuan seorang wanita meskipun belum berumah tangga dan tiada cahaya mata. Sayangnya, beliau mempunyai kerjaya tetap...jadi jarang-jarang dapat lihat beliau berlakon.



"Kak Jainon yang sebenar dengan dalam televisyen jauh beza. Itulah yang menandakan beliau pelakon yang hebat. Di luar, beliau wanita dengan kerjaya. Di dalam televisyen, beliau adalah ibu yang boleh bertindak garang atau lembut hati dan merintih," kata Rosita lagi.



Pelakon veteran Jorah Ahmad juga pernah berlakon dengan Rosita dalam satu telefilem Hari Ibu.



"Beliau baik hati walaupun nampak macam tidak terlalu mesra di set ketika menjiwai wataknya. Apa lagi dalam telefilem itu, watak saya dibenci watak Kak Jorah. Jadi kalau dia nak 'hentak' saya, dia buat betul-betul.



"Tapi saya bersyukur dapat berlakon dengan seniwati sehebatnya. Sebab saya diberitahu beliau amat memilih projek seni yang ingin dijayakan. Kirakan saya bertuah dapat berlakon dengannya," jelas Rosita.



Apakah yang dilakukan pada Hari Raya pertama lalu?



"Sebab ibu saya Mak Long, adik-beradiknya ramai. Saya sempat 'lari' sekejap ke rumah mak mentua selama dua tiga jam sebelum balik semula ke rumah untuk melayan tetamu yang datang bertemu ibu saya.



"Abang saya Sani Hussin pun datang pada waktu itu. Inilah masa, sepupu dan ibu saudara saya datang. Seronok sekali," katanya. - HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >