Premium
Dari puisi jadi lagu
Penulis Kamaria Buang gabung ilham dengan anak seni SG hasilkan album 'Ku Genggam Bintang'
Sep 15, 2020 | 5:30 AM
USAHA MASYARAKATKAN PUISI: Penulis Cik Kamaria Buang (kanan) memilih 10 puisi tulisannya dalam tempoh hampir sedekad untuk dilagukan dengan bantuan (dari kiri) anak-anak seni setempat, Diana Nazyra, Asnida Daud dan T:zi yang bertindak sebagai penggubah lagu-lagu dalam album 'Ku Genggam Bintang' ini. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -
Kata-kata indah yang menjadi bekalan ketika menghasilkan penulisan kreatif seperti puisi dan cerpen mampu diubah menjadi lirik lagu yang menyentuh kalbu. Dua penulis mapan merealisasikan impian memasyarakatkan sastera dalam lagu manakala seorang pencinta bahasa tidak menduga dilamar sebagai penulis lirik bagi Duta Bahasa dan penyanyi tempatan, Zaibaktian. BERITA HARIAN melaporkan kisah mereka.
PUISI yang tersiar di akhbar Berita Harian/Berita Minggu, diadaptasikan menjadi drama mahupun dibukukan serta dideklamasikan di pelbagai majlis akan lebih mampu dihayati jika dilagukan.

