Premium
David Foster: Bakat Asia tidak perlu rasa diri kerdil
Nov 16, 2017 | 5:30 AM

"Ingin saya lihat pemuzik berbakat seperti Yuna yang mengharumkan nama wanita Melayu dan beragama Islam di rantau Asia dengan daya kreativitinya. Bakat Asia lain juga boleh mengambil teladan daripada kejayaan Yuna yang fokus pada usahanya menjana muzik bagi generasi masa kini. Beliau kini jenama antarabangsa.'' - David Foster. -
TIDAK perlulah terasa masyarakat Asia begitu kerdil berbanding dengan masyarakat Barat sehingga bakat besar atau unik yang dimiliki harus disorok buat hiburan sendiri.
Pendek kata, sepanjang menjadi pengadil program realiti Asia's Got Talent sepanjang musim pertama dan kini musim kedua, penggubah lagu tidak asing lagi, David Foster, melihat Asia sebagai memiliki kerencaman bakat yang bukan calang-calang.

