Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dayang Nurfaizah jaya suntik cinta peminat pada lagu klasik Melayu

May 21, 2023 | 01:08 PM



DARI mengembalikan nostalgia lagu puitis menusuk kalbu seperti Gurindam Jiwa dan Tak Seindah Wajah kepada memberi sanjungan buat biduanita kelahiran Singapura, Nona Asiah, Kartina Dahari dan Rafeah Buang.



Justeru, tabik hormat buat Ratu R&B Malaysia, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 41 tahun, yang menghiburkan peminat sekali gus menarik generasi muda untuk menghargai dan mengamati lagu Melayu klasik agar tidak pupus ditelan zaman.



Dayang  menerima sambutan mesra warga Singapura yang tidak sabar-sabar nak jadi penyanyi latar bagi lagu Ketipang Payung dengan  goyangan bahu dan laungan ‘Hoi’ dalam konsert  Belagu sempena Pesta Raya anjuran Esplanade pada Sabtu.



Bukan sahaja beliau membawa penjiwaan yang sangat baik pada lagu-lagu yang biasa didengar dalam filem Melayu mahakarya P. Ramlee seperti Tudung Periuk (Sumpah Orang Minyak) dan Nak Dara Rindu (Bujang Lapok), Dayang juga kaki mengusik lantas memberi senyuman di bibir ribuan penonton yang hadir mengisi dewan konsert.



“Tak tahulah Dayang nyanyi ‘best’ ke tidak. Kakak di depan ni senyum tapi abang di sebelah tu menguap pula. Tadi buat apa bang?” seloroh Dayang.



Apa yang menarik tentang setiap konsert Dayang adalah usahanya menceritakan latar belakang atau peristiwa yang membawa pada pemilihan lagu klasik dalam album Belagu dan Belagu II.



Penyanyi yang dikenali kerana lagu yang ditempatkan dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu yang berprestij seperti Di Pintu Syurga, Seandainya Masih Ada Cinta dan Lelaki Teragung itu akur tidak mudah menyanyikan lagu Melayu klasik.



“Dayang agak berhati-hati kalau  nyanyi lagu Melayu klasik. Ia bukan mudah dari segi pengawalan emosi khususnya apabila nak bikin konsert sebegini.



“Kadang jiwa dan ‘feel’ Dayang ada di atas dan perlu menari-nari...sekejap lagi turun ke bawah sebab perlu mengamati kesedihan dalam lagu tersebut. Sekajap ini dan sekejap itu...bertukar-tukar ‘mood’. Tak dapat nak letakkan ‘feel’ di tengah-tengah.



“Walau apa pun, Dayang menghargai setiap perjalanan dalam merakam album Belagu dan secara tidak dirancang Belagu II kerana ia memberikan Dayang satu kelainan.



“Sewaktu berbincang dengan penerbit Aubrey Suwito dan pengurus Dayang juga bertanya, bagaimana nak wujudkan kelainan? Maka, dapatlah kita bekerjasama dengan orkestra dari Hungary yang terbilang di peringkat antarabangsa, Budapest Scoring Orchestra,” jelasnya.



Beliau yang pernah memenangi peraduan irama tradisional Bintang Asli Remaja 1996 di Sarawak juga tidak lupakan sumbangan Singapura pada penghasilan lagu Melayu klasik.



“Singapura dahulu memang hab atau pusat tumpuan filem Melayu. Antara yang Dayang sanjungi adalah Nona Asiah.



Apabila keluar lagu Asmara Bergelora yang orang kini kenali sebagai Malamku Bermimpi, ada yang kata ‘Eh Dayang ni...pandai-pandai saja tukar lirik’.



“Sebenarnya, yang ramai dengar versi Saloma dan P. Ramlee yang diubah lirik dan judulnya. Dayang ambil lagu asal nyanyian P. Ramlee dan Nona Asiah,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >