Dayang takut dipanggil legenda, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

ARTIS SEBERANG

Dayang takut dipanggil legenda

Penyanyi 'Lelaki Teragung' banyak belajar daripada bakat muda mesra digital
Sep 30, 2021 | 05:30 AM

Yang muda akan timba pengalaman tentang seni muzik dan daya menghibur daripada yang lebih mapan.Yang legenda pula akan serap kemahiran baru khususnya berkaitan alaf digital daripada si muda belia. Pertukaran pengalaman dan ilmu inilah yang merancakkan industri muzik di Malaysia. BERITA HARIAN melaporkan. 


RASA gerun menyelubungi jiwa penyanyi bersuara bak buluh perindu, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, apabila dipanggil 'legenda' dan 'nama besar industri muzik Malaysia'.

Bagi bintang berusia 40 tahun ini, meskipun sudah hampir 25 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dirinya masih terasa kecil dengan banyak lagi perkara masih jauh daripada jangkauan.

Seberapa yang mampu, pelantun lagu Di Pintu Syurga ini ingin menimba ilmu dan kemahiran baru termasuk daripada golongan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) yang disifatkannya sebagai bervisi, mesra teknologi dan banyak idea mencipta lagu sendiri.

Inilah antara perkara yang Dayang kongsi bersama Berita Harian dalam wawancara Zoom yang diselaraskan label rakaman Universal Music, baru-baru ini.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Wawancara ini dibuat sebagai sebahagian promosi lagu Sayang Aku Tanya Apa Khabar yang didendangkan bersama pencipta karya itu sendiri, Zynakal, 22 tahun.

"Dayang nama kecil sahaja...kita biasa-biasa... taklah besar sangat," jelasnya ketika penulis menyatakan betapa beruntungnya Zynakal dapat berduet dengan Dayang, nama besar dalam industri Malaysia yang telah beberapa kali memenangi Anugerah Vokal Terbaik pada acara Anugerah Juara Lagu (AJL) di TV3.

Tatkala Zynakal pula menganggap Dayang sebagai legenda yang masih ada atau living legend, Ratu Runut Bunyi Drama Malaysia itu cepat-cepat menyahut:

"Gelaran 'legenda' tu berat betul. Takut saya. Malah apa jua gelaran yang diberi kepada saya dirasakan terlalu besar sebab ia datang dengan tanggungjawab besar juga.

"Janganlah... belum lagi (jadi legenda). Masih banyak lagi yang Dayang nak belajar sebagai penyanyi dan manusia. Dayang nak usaha perbaiki diri.

"Tapi Dayang hargai dan berterima kasih di atas setiap doa dan penghargaan peminat atau rakan artis tetapi terus terang takutlah dengan panggilan sebegini," jelasnya dengan penuh kerendahan hati.

Bagi sesiapa yang pernah berbual empat mata dengan Dayang, pastinya tersentuh dek kerendahan hatinya dalam tutur kata dan budi bicara.

Bermula sebagai peserta adu bakat remaja bahkan pernah bergelar juara peraduan Golden Teen Search 1997, Bintang Remaja 1997 dan Bintang Remaja Asli 1996, si kecil molek ini dapat membayangkan jerih payah yang dilalui BBNU dalam mencipta nama di persada seni.

"Dayang sebenarnya gembira melihat ramai artis baru dan muda muncul memeriahkan lagi industri muzik Melayu kita. Ia satu perkembangan yang positif sebab ramai yang ingin mencuba.

"Kebanyakan daripada mereka pula bermula dengan matlamat. Mereka sudah tetapkan arah tuju kerjaya mereka, 'single' pertama bagaimana bunyinya dan bagaimana memasarkannya.

"Mereka tak macam Dayang dulu. Dulu kita masih baru dan ikut apa yang orang suruh kita buat dalam bab merakam lagu.

"Budak sekarang lebih yakin diri. Sebab mereka mampu mencipta lagu seperti Zynakal sendiri, mereka tahu apa yang mereka nak dalam industri... muzik bagaimana, album konsep seperti apa.

"Itu yang kadangkala buat saya cemburu sebab mereka bebas mencorak muzik mereka. Asal ada idea, bikin lagu sendiri. Tak perlu tunggu. Mereka berani kemukakan idea," jelasnya.

Namun dalam dunia yang pesat pengaruh media sosialnya, Dayang berharap bakat muda ini akan lebih kuat daya tahan mentalnya bagi menerima 'tamparan maya' berupa komen 'ganas' warganet yang kadangkala mengguris hati.

"Bohonglah kalau Dayang katakan Dayang tak terkesan. Kadang marah juga dengan komen tak berasas. Saya cuma berharap bakat muda kita ni kuat bukan sahaja secara fizikal malah mental. Mereka harus terima, sebanyak itu orang suka atau minat kita, sebanyak itu juga golongan yang tak suka atau membenci kita.

"Menjadi anak seni datang dengan tanggungjawab. Kita terima orang yang suka atau tak suka kita. Lagipun, setiap orang ada hak menyuarakan apa yang dia tak sukakan.

"Kita pun tak boleh rasa kita sahaja betul. Kadangkala ada yang orang cakap tentang kita tu betul dan kita harus menerimanya. Seandainya ia tak betul, abaikan sahaja.

"Jangan sampai gugur rambut dan stres fikirkan soal kecaman warganet. 'Nombor 1' dalam senarai keutamaan kita adalah daya mental kita. Jangan orang cakap sedikit saja, kita dah mula terasa.

"Ini baru seorang dua cakap di media sosial. Siapa tahu di belakang kita, ada 10,000 orang lagi cakap tentang kita. Kita harus kuat, tabah, percaya dan ikhlas dalam berkarya.

"Bergaul dengan orang yang betul dan jangan salah pilih kawan," pesan Dayang sebagai artis yang sudah banyak makan garam.

Dalam tempoh pandemik Covid-19 dan menjalani perintah berkurung, kerja seni Dayang berjalan terus dengan beliau selesa bekerja di rumah serta menjalani kehidupan ditemani ibu bapa dan anak buah yang bersamanya di Kuala Lumpur.

Lagu santai Sayang Aku Tanya Apa Khabar yang sesuai berkumandang sewaktu pandemik Covid-19 (dengan teras bertanya khabar dengan mereka yang terpisah) diterima Dayang dengan keinginan bekerjasama dengan Zynakal yang dianggap komposer kreatif masa kini.

"Apabila diberitahu ada lagu duet baru buat Dayang dan sama ada Dayang suka dengan lagu ini, rasanya teruja walau tak cakap 'Ya' serta-merta.

"Apa yang Dayang pentingkan adalah keserasian suara Zyn dengan Dayang. Lagipun, Dayang sukakan liriknya yang bersahaja dan mudah dihadam. Tertanya juga Zyn ni betul-betul okey ke nak duet dengan Dayang? Sudi ke?" kongsinya seraya tertawa.

Dayang yang mula 'meledak' namanya dengan lagu balada 'power' Seandainya Masih Ada Cinta (dimuatkan dalam album kedua) dan kemudian rasa benar-benar diterima industri muzik menerusi kejayaan lagu Lelaki Teragung di AJL kini dalam proses mencari bahan buat album barunya.

"Dayang ambil masa lebih lama kerana benar-benar ingin hadiahkan sesuatu yang memenuhi cita rasa peminat. Keseimbangan perlu ada antara lagu yang Dayang minati dengan lagu yang peminat mahu," kongsinya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map