‘Decadans’ kembalikan nostalgia perjuangan tari anak S’pura
Pengguna Berdaftar
‘Decadans’ kembalikan nostalgia perjuangan tari anak S’pura
Kehadiran bintang M’sia, Ernie Zakri, tambah seri konsert ulang tahun ke-10 Artistari Gentari
Jan 5, 2024 | 5:30 AM
Ada masanya saya terasa bagaikan kembali kepada era nostalgia menonton program hiburan 1980-an yang memberi penghormatan pada lagu-lagu filem menerusi irama runut bunyi (OST) yang dekat di hati mahupun tarian Melayu lemah gemalai.
Ada ketikanya saya dibawa menikmati vokal bakat tempatan kita yang sepatutnya diketengahkan lebih kerap lagi di kaca televisyen atau persembahan awam kerana mereka memiliki suara emas yang setara dengan mutu penyanyi di seberang Tambak.
Laporan berkaitan
Impian satukan penggiat tari Melayu dorong pengasas Artistari Gentari pentas konsertJan 4, 2024 | 4:57 PM
'Odyssey 2' peluang jurutari muda luah rahsia hatiJul 4, 2021 | 12:01 AM

