Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Demi Taylor Swift, sanggup iklan diri cari ‘date’ ada kad kredit UOB

Jul 07, 2023 | 03:15 PM



‘Bujang trang-tang-tang’ yang kepingin ke konsert Taylor Swift di Singapura sanggup memuat naikkan profil mereka di Twitter dengan harapan dapat bertemu pasangan atau ‘date’ yang memiliki satu kriteria iaitu: mempunyai kad kredit United Overseas Bank (UOB).

Pemilik kad UOB pada Rabu memiliki akses eksklusif bagi sesi prajualan tiket konsert Swift yang akan diadakan tahun depan antara 2 Mac dengan 9 Mac.

Orang awam hanya mampu membuat tempahan dua hari kemudian pada Jumaat.

Kerana ingin mengatasi peminat lain yang sibuk berebut-rebut untuk mendapatkan tiket konsert, beberapa warganet lelaki itu mengiklankan diri untuk mendapatkan pasangan yang memiliki kad kredit UOB, lapor laman South China Morning Post.


Seorang pengguna Twitter bernama ‘John’ misalnya mengiklankan dirinya sebagai juruterbang dan jurubina berusia 30 tahun yang suka menyanyi dan makan banyak serta aktif bersenam. Beliau mencari pasangan yang memiliki kad kredit UOB.

Ramai peminat Swift menyukai hantaran tersebut dengan ramai yang lain ikut serta mengiklankan diri mereka.

Peminat dari Malaysia, Hazim Azman, yang mengirim ‘tweet’ dua fotonya dan senarai sebab mengapa wanita harus keluar dating dengannya memberitahu usahanya berhasil kerana dapat mengenali beberapa wanita yang memiliki kad kredit UOB serta berjanji dengannya akan membantu mendapatkan tiket konsert berkenaan.

“Saya berharap benar dapat memiliki tiket ke konsert Taylor Swift. Saya akan turun ke Singapura jika berhasil,” katanya.

Terdapat lebih sejuta peminat yang berada dalam senarai mendapatkan tiket Taylor Swift, lapor akhbar The Straits Times. Lebih 300,000 peminat pula dijangka akan menghadiri konsert tersebut yang diadakan selama enam hari.


Selepas promosi kad kredit UOB diumumkan, jumlah yang memohon bagi mendapatkan kad kredit UOB di Asia Tenggara meningkat sebanyak 45 peratus, jelas UOB dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kebanyakan permohonan yang diluluskan adalah dalam kalangan pengguna berusia 20 hingga 40 tahun.

Hanya pemilik kad di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam layak menempah tiket prajualan itu.

Konsert jelajah, The Eras ini dijangkakan adalah konsert pertama yang memperolehi hasil jualan tiket, cenderahati dan tajaan sebanyak AS$1 bilion ($1.4 bilion), lapor The Wall Street Journal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >