Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dendangan 'Basyirah' Siti Nurhaliza bawa 'Khabar Gembira'

May 9, 2020 | 3:30 PM
LAGU TERBAHARU: Berjudul 'Basyirah', ia telah dilancarkan Siti Nurhaliza sejak tengah malam tadi dan merupakan hasil ciptaan pengacara dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya dan komposernya Hafiz Hamidun.
LAGU TERBAHARU: Berjudul 'Basyirah', ia telah dilancarkan Siti Nurhaliza sejak tengah malam tadi dan merupakan hasil ciptaan pengacara dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya dan komposernya Hafiz Hamidun. - - Foto: BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, kini muncul dengan lagu baharu bertajuk 'Basyirah' untuk petugas barisan hadapan, bagi menghargai pengorbanan mereka yang berjuang mengekang penularan wabak Covid-19, lapor Malaysiakini semalam.

Siti Nurhaliza, yang mesra dengan panggilan Tok Ti menyifatkan bait-bait lirik lagu 'Basyirah' atau yang bermaksud 'Khabar Gembira' itu bukan hanya sebagai hiburan semata-mata namun mempunyai mesej yang mendalam.

"Alhamdulillah, single 'Basyirah' telah berada di semua platform digital. Beli dan 'strem' ya semua.

"Tidak hanya sebuah lagu untuk hiburan tetapi saya melagukan supaya maknanya sampai, rasanya sampai dan setulus dedikasi untuk semua 'KITA' yang menjadi 'barisan hadapan'. Bagi saya selain barisan hadapan yang berkorban dalam keadaan sekarang, kita juga berperanan untuk mendukung mereka," katanya menerusi kapsyen di Instagram, semalam.

'Basyirah' yang dilancarkan sejak tengah malam tadi merupakan hasil ciptaan pengacara dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya dan komposernya Hafiz Hamidun.

Muzik video lirik rasmi 'Basyirah' boleh ditonton di laman YouTube Siti Official Video sejak 3 petang semalam.

'Basyirah' kini boleh dimuat turun di semua platform digital seperti Apple Music (iTunes), Spotify, Joox dan KKBox.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg