Premium
Diari usang Jamil Sulong cetus inspirasi Shah
Sep 25, 2019 | 5:30 AM
SELONGKAR KISAH BINTANG FILEM LAMA: Sebagai peneraju watak Jamil Sulong dalam filem Showtime 1958, Shah Iskandar, antara lain perlu meninjau kandungan diari usang pengarah legenda itu yang mengandungi banyak catatan tentang zaman kegemilangan filem Melayu yang terjejas dek wujudnya televisyen hitam putih dan pasaran filem yang dikuasai kerja seni dari Amerika, Hongkong dan India. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
BERDIRI bulu roma pelakon Singapura, Shah Iskandar Mahfuz, apabila membaca kandungan diari usang pengarah legenda, Allahyarham Jamil Sulong.
Beliau mendapati Jamil yang meninggal dunia pada 25 September 2014 sebagai insan seni yang teliti, kemas dan peka merangkai kata-kata indah lagi terperinci dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

