PADA usia muda 22 tahun, penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Marion Jola, akur masih banyak perkara yang perlu diselongkar tentang kehidupan untuk dijadikan bahan bagi lagu-lagu cintanya.

Nikmatnya adalah apabila beliau dapat membahagiakan dan menghiburkan orang lain melalui kerja seninya yang dapat dikaitkan dengan kehidupan peribadi mereka.