Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DiCaprio nyaris 'kena pangkah' di sesi uji bakat 'Titanic'

Dec 22, 2022 | 5:30 AM
TIDAK SUKAKAN SIKAP DIVA: James Cameron (kiri) nyaris-nyaris tidak menawarkan peranan Jack Dawson dalam Titanic kepada Leonardo DiCaprio kerana meluat dengan sikap diva yang ditunjukkan di sesi uji bakat filem itu. Akhirnya kerana terpegun dengan cara DiCaprio membaca dialog bersama Kate Winslet, peranan itu diserahkan kepada bintang berkenaan. - Foto fail
TIDAK SUKAKAN SIKAP DIVA: James Cameron (kiri) nyaris-nyaris tidak menawarkan peranan Jack Dawson dalam Titanic kepada Leonardo DiCaprio kerana meluat dengan sikap diva yang ditunjukkan di sesi uji bakat filem itu. Akhirnya kerana terpegun dengan cara DiCaprio membaca dialog bersama Kate Winslet, peranan itu diserahkan kepada bintang berkenaan. - Foto fail -

KERANA sikap ala 'diva' pelakon Leonardo DiCaprio yang ditunjukkan ketika menghadiri sesi uji bakat filem Titanic, beliau nyaris-nyaris tidak 'dilamar' pengarah James Cameron untuk membawakan watak Jack Dawson.

Ini dijelaskan Cameron, 68 tahun, dalam wawancara bersama majalah GQ baru-baru ini.

Awal sebelum itu, beliau telah menawarkan peranan Rose DeWitt Bukater kepada Kate Winslet.

Mengimbas tentang sesi uji bakat melibatkan DiCaprio yang ketika itu berusia 22 tahun:

"Leo (panggilan buat DiCaprio) masuk ke bilik uji bakat dan memikat semua orang termasuk saya dengan keyakinan dirinya pada awalnya.

"Saya memberitahunya, saya ingin lihat keserasiannya bersama Kate.

"Leo nampak bingit kerana menyangka saya memintanya datang pada lain hari untuk digandingkan dengan Kate.

"Sebenarnya, Kate dah ada di situ untuk membaca dialog bersama. Leo beritahu saya dia tiada masa untuk membaca dialog berkenaan.

"Saya langsung bangun untuk bersalaman dengannya dan bersedia ucapkan 'Selamat tinggal' dan 'Terima kasih kerana datang hari ini'...tak perlulah berlagak."

DiCaprio, jelas Cameron, seakan-akan terkejut dan bertanya kepadanya:

"Tunggu dulu. Maksud awak, saya tak dapat peranan ini kalau saya enggan membaca dialog bersama Kate?"

Cameron menjelaskan Titanic adalah filem besar yang mengambil masa dua tahun untuk penggambaran.

"Saya tak nak buat silap dengan mengambil keputusan untuk menawarkan peranan ini kepada pelakon berlagak yang tak wajar saya ambil. Jadi awak nak baca dialog atau tidak?" sambung Cameron kepada DiCaprio.

Pengarah yang kini lebih dikenali kerana menjana karya sehebat Avatar payah melupakan wajah sombong DiCaprio dan gerak-gerinya yang sebenarnya tidak rela membaca dialog itu bersama Winslet.

"Aura negatifnya ketara sehinggalah saya kata 'Action'. Tahu-tahu saya temui Jack yang saya idamkan. Leo tahu-tahu serap watak itu dengan baik. 25 tahun telah berlalu sejak Titanic ditayangkan.

"Kate suka dengan cara Leo menyampaikan dialog. Wajahnya berseri-seri. Angin mendung bertukar menjadi mentari ceria buat saya," tambah Cameron.

Titanic memenangi 11 daripada 14 pencalonan Anugerah Academy yang diterima. Ia adalah filem yang meletakkan DiCaprio dan Winslet sebagai antara pelakon berpengaruh Hollywood.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg