Difitnah lagi, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menuduhnya melakukan maksiat atau bersekedudukan.
Menurut Puteri Sarah, 39 tahun, beliau sudah mengesan individu berkenaan mengenai tindakan susulan peguamnya yang akan menghantar Letter Of Demand (LOD) atau Surat Tuntutan.
Biarpun individu tersebut telah menukar nama dan gambar profil akaun Facebook, peguam mewakili Puteri Sarah tetap dapat mengesan identitinya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menunjukkan paparan tangkap layar pemilik akaun media sosial yang disifatkan biadab.
Menerusi hantaran yang sama, Puteri Sarah, turut menasihatkan netizen agar menjaga adab sebelum meninggalkan sebarang komen terutama yang boleh menjurus fitnah.
“Peguam saya dah dapat kesan awak. Nanti akan hantar LOD kepada awak ya.”
Demikian tulis Puteri Sarah dalam mesej yang dikirimkan kepada seorang pengguna Facebook yang didakwa menggunakan nama, Farhali Abd Kahar, laporan Harian Metro.
Puteri Sarah menghantar mesej itu selepas individu tersebut menuduh dan menghinanya dalam satu komen di platform itu.
Sebelum ini, pelakon terbabit sudah mengheret beberapa individu ke mahkamah atas dakwaan fitnah termasuk seorang wanita membabitkan saman mencecah RM1 juta ($212,021).
Menurut Puteri Sarah, wanita itu juga pernah memfitnah beliau mengambil dadah pada Februari.
“Itu fitnah paling teruk sebab dia cakap saya ambil dadah. Saya juga teruskan kes saman ini untuk bersihkan nama baik saya,” kata Puteri Sarah mengenai saman RM1 juta terhadap seorang pegawai pemasaran yang didakwa menuduhnya dalam urusan perniagaan sebelum ini.
Puteri Sarah berkata beliau juga sudah melakukan ujian air kencing untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
“Masa dia tuduh saya ambil dadah pada hari dia keluar dalam program ‘Melodi’, saya sudah pergi buat ‘urine test’ (ujian air kencing) siap-siap untuk membuktikan yang dia salah,” tambahnya kepada Harian Metro pada Februari.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg