Topik diikuti
Pergi ke BHku'Dilamar' agensi iklan sebelum tamat pengajian

GIGIH BINA PORTFOLIO: Sejak tamat pengajian di Politeknik Singapura, Cik Siti Sofiah Ridwan sudah membangun portfolio projek rekaan yang diusahakannya sehinggalah beliau dilamar agensi pengiklanan mapan yang kagum dengan hasil kerjanya. - Foto M.O. SALLEH
Sep 24, 2017 | 5:30 AM
'Dilamar' agensi iklan sebelum tamat pengajian
Kecemerlangan dalam jurusan seni kreatif - baik muzik, komunikasi rekaan, reka hias dalaman mahupun media dan industri fesyen - membawa kepada kejayaan lima anak Melayu yang meraih ijazah Kepujian Kelas Pertama di Maktab Seni Lasalle. Peluang pekerjaan mereka dalam bidang kreatif kekal cerah, dengan masing-masing sudah mempunyai pekerjaan atau membuat persiapan serius bagi pasaran buruh. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
JIKA teman sebayanya gigih mencari pekerjaan, Cik Siti Sofiah Ridwan pula dijejak dan disunting agensi pengiklanan besar DDB Group sebagai pengarah seni junior.