Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dinobat juara Big Stage 3 selepas sedekad jadi naib juara Idola Kecil 2

Oct 05, 2020 | 02:59 AM



SEPERTI yang dijangka ramai, pelantun lagu Kekasihku, Azzam Sham, menjuarai peraduan realiti Astro Ria buat bakat muda dan baru, Big Stage 3, Ahad malam (4 Oktober).



Azzam, 23 tahun, yang nama sebenarnya Muhammad Azzamuddin Lop Hisham, membawa pulang RM100,000 ($32,803) sekali gus menewaskan empat peserta lain (mengikut urutan kedudukan), Usop, 22 tahun; Qody Rany, 26 tahun; Dinie Rashid, 28 tahun dan Fadh Majid, 26 tahun.



Usop menerima RM50,000 manakala Qody meraih RM25,000. Dinie pula membawa pulang RM10,000 sementara Fadh disampaikan dengan RM5,000 di konsert terakhir Big Stage 3 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).



Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi laman YouTube, MyBuzz, Pengurus Saluran Astro Ria, Cik Emarina Kamal, telah memberikan pecahan markah juri dan undian penonton kepada media.



Menurutnya jika markah 100 peratus diserahkan sepenuhnya kepada juri, peratusan markah yang diraih peserta adalah 86.6 peratus (Azzam); 83.2 peratus (Usop); 80.9 peratus (Qody); 78.5 peratus (Dinie) dan 78.1 peratus (Fadh).



Undian peminat dalam talian pula menunjukkan Usop berada di tangga teratas dengan 27.77 peratus disusuli dengan Azzam (24.1 peratus); Qody (17.4 peratus); Dinie (16.96 peratus) dan Fadh (13.73 peratus).



Mengulas kejayaannya, Azzam yang bermula dalam industri seni sebagai naib juara Idola Kecil 2 pada 2009, berkata:



"Saya sebenarnya tidak menyangka dapat memegang piala juara Big Stage 3 hari ini. Sebab setiap kali saya menghadiri sesi latihan, saya lihat abang-abang saya ini (finalis) begitu gah menyampaikan lagu mereka.



"Saya tidak mengharapkan apa-apa dan menyerahkannya kepada Allah. Ternyata, rezeki tidak pernah salah alamat. Saya berterima kasih dengan guru-guru yang memberi maklum balas dan motivasi. Apabila saya sakit pun atau rasa semangat rendah sekali, merekalah yang banyak beri kata-kata perangsang.



"Sama juga dengan peminat saya...mereka sentiasa beri saya kekuatan."



Di dalam persembahan semalam, Azzam menyampaikan dua lagu, Aku Bidadari Syurgamu (lagu terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan Grenade (dendangan asal Bruno Mars).



Mengenai wang kemenangannya, beliau yang juga seorang pelakon dan pernah bergelar Pelajar Terbaik Fakuliti (jurusan Diploma Muzik (Vokal) dan memenangi Anugerah Dekan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), menjelaskan dirinya akan menyimpan wang kemenangan tersebut dan menghasilkan 'single'.



Dalam pada itu, sebilangan warganet terkejut apabila Fadh, yang nama sebenarnya, Muhd Fadhlullah Abdul Majid, berada di tangga terbawah sedangkan beliau tampak cemerlang dalam dendangan irama tradisional Tan Sri S.M. Salim, Pantun Budi. Beliau bahkan tampil lengkap dengan kumpulan penari.



Dalam lagu kedua Bila Rasaku Ini Rasamu (lagu asal Kerispatih), Fadh juga diiringi koir dengan gimik piano terbakar.



"Tak mengapa. Sedikit pun saya tak berkecil hati. Rezeki semua sudah tertulis. Lagi pun yang menang pun 'adik' saya (Azzam). Saya bangga dengan pencapaiannya," ujar Fadh dengan nada tenang.



Juri tetap Big Stage 3 adalah Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai. Presiden Netizen yang membacakan komen warganet pula adalah Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) manakala juri jemputan adalah Misha Omar.



Kata Faizal:



"Secara menyeluruh, satu bab sudah selesai. Jangan terlalu sedih. Jangan terlalu berseronok. Jangan ambil masa terlalu lama diselubungi sesuatu emosi, baik terlalu sedih atau terlalu gembira.



"Buka lembaran baru. Industri hiburan ini bukannya senang. Apabila anda jadi juara hari ini, tidak bermakna anda tetap akan jadi juara 10 tahun akan datang. Jangan terlalu selesa.



"Penakatan anda bukan bergantung pada keupayaan menyanyi sahaja sebab cara anda mengisi kandungan media sosial, menangani media dan peminat...semua ini harus diambil kira untuk berjaya. Anda harus sesuaikan diri dalam industri...bukan setakat bergantung pada keupayaan anda menyanyi 'sedap' sahaja." 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >