Topic followed successfully
Go to BHku'Direktor Ahmad Nisfu' legenda serba boleh lagi tegas
Premium
'Direktor Ahmad Nisfu' legenda serba boleh lagi tegas
Sebut sahaja dialog yang pernah diucapkan dalam filem klasik P. Ramlee, pasti ramai yang mengingati siapa pelakon legenda yang menyampaikannya. Nama Ahmad Nisfu memang tidak asing lagi khususnya dalam menerajui watak antagonis seperti Sadiq Segaraga dalam 'Tiga Abdul' atau yang sedia membantu, Mamak Mahyudin Jailani dalam 'Ibu Mertuaku'. Minggu ini, ikuti kisah Ahmad daripada kaca mata anggota keluarganya ataupun peminat setia filem klasik Melayu era Shaw Brothers.
Apr 30, 2020 | 5:30 AM
'Direktor Ahmad Nisfu' legenda serba boleh lagi tegas
WAJAHNYA bengis. Tatapan matanya garang. Suaranya lantang. Namun, seniman Ahmad Nisfu adalah antara pelakon komedi era P. Ramlee yang diingati ramai hingga hari ini.
Bayangkan, sejurus sahaja saya memuat naik gambar beliau yang nama sebenarnya Mohamed Nisfu di Facebook, ramai teman yang mula mengimbau peranan ataupun dialog Allahyarham yang terpahat dalam ingatan.

