Dituduh terima bantuan peribadi lebih $20,000; penyanyi Mila Jirin saman warganet

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dituduh terima bantuan peribadi lebih $20,000; penyanyi Mila Jirin saman warganet

Aug 21, 2021 | 5:30 AM

Dituduh terima bantuan peribadi lebih $20,000; penyanyi Mila Jirin saman warganet

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DAKWA DIFITNAH: Mila Jirin menjelaskan bahawa bantuan subsidi yang diterima daripada kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah bersifat peribadi, sebaliknya sama seperti yang diterima majikan lain, sejajar dengan skim bantuan yang diumumkan kerajaan. - Foto fail
DAKWA DIFITNAH: Mila Jirin menjelaskan bahawa bantuan subsidi yang diterima daripada kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah bersifat peribadi, sebaliknya sama seperti yang diterima majikan lain, sejajar dengan skim bantuan yang diumumkan kerajaan. - Foto fail -

PENYANYI dan usahawan Mila Jirin menerusi sebuah catatan di Facebook telah mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang warganet yang dikenali sebagai Afiq Mohd.

Mila, atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata lelaki itu telah memfitnah dirinya kerana mendakwa beliau telah menerima wang dari kerajaan berjumlah RM$76,000 ($24,000) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan RM$38,000 pada fasa seterusnya.

Menyusuli dakwaan itu, Mila teruk dikecam oleh warganet lain, menurut laporan media seberang Tambak.

Sebelum itu, Mila terlebih dahulu menjelaskan bahawa bantuan subsidi yang diterima sebelum ini bukanlah bersifat peribadi sebaliknya sama seperti yang diterima majikan lain, sejajar dengan skim bantuan yang diumumkan kerajaan.

Catatan tersebut tular setelah Mila meluahkan rasa sedihnya mengenai perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, Mila kelihatan menangis teresak-esak, semasa mengucapkan terima kasih atas jasa Perdana Menteri itu selama ini yang menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk dirinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg