Topic followed successfully
Go to BHkuDokumentari Michael Jackson timbulkan kemarahan
Premium
Dokumentari Michael Jackson timbulkan kemarahan
Mar 13, 2019 | 5:30 AM
Dokumentari Michael Jackson timbulkan kemarahan
MICHAEL JACKSON: Disebut dalam dokumentari bertajuk 'Leaving Neverland' bahawa dua lelaki dewasa berkata mereka telah berkawan dengan Jackson dan didera oleh penyanyi itu semasa mereka berusia dari tujuh hingga 10 tahun pada awal 1990-an. - Foto fail -
LOS ANGELES: Beberapa stesen radio di Canada dan Belanda berhenti memainkan muzik mendiang penyanyi Michael Jackson, sementara para peminatnya bertalu-talu menghantar mesej berbaur benci kepada Oprah Winfrey selepas tayangan sebuah dokumentari tentang penderaan kanak-kanak oleh Jackson.
Dalam dokumentari bertajuk Leaving Neverland itu, dua lelaki dewasa berkata mereka berkawan dengan Jackson dan telah didera oleh penyanyi itu semasa mereka berusia dari tujuh hingga 10 tahun pada awal 1990-an.

