PADA usia 76 tahun kini, penyanyi dan penggubah lagu irama 'country', Dolly Parton, sibukkan dirinya dengan projek kemasyarakatan bagi menggalak kanak-kanak kurang berkemampuan rajin membaca.

Di Instagramnya baru-baru ini, Parton, pencipta lagu 'berhantu' Whitney Houston dan penyanyi asal I Will Always Love You, memuatnaikkan hantaran tentang program membaca 'The Imagination Library' yang beliau perkenalkan pada 1995 di Sevier County di Tennessee, Amerika Syarikat.