Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Drama ‘Queen of Tears’ gandingkan 2 Kim, dalami kesulitan hidup rumah tangga

Mar 19, 2024 | 2:10 PM
Pelakon  Kim Ji-won (kanan) dan Kim Su-hyun, melakonkan watak suami isteri dalam drama romantis, ‘Queen of Tears’.
Pelakon  Kim Ji-won (kanan) dan Kim Su-hyun, melakonkan watak suami isteri dalam drama romantis, ‘Queen of Tears’. - Foto INSTAGRAM QUEEN OF TEARS

Pelakon Korea Selatan, Kim Ji-won dan Kim Su-hyun, telah menghidupkan watak pasangan yang menghadapi kesulitan mendirikan rumah tangga dan datang daripada latar belakang berbeza dalam siri drama terbaru, tvN, Queen of Tears, yang disiarkan pada 9 Mac, di saluran televisyen tvN.

Skrip drama itu tulisan penulis naskhah drama terkenal, Park Ji-eun, yang telah menghasilkan skrip bagi pelbagai drama hit romantik Korea seperti, My Love from the Star dan Crash Landing on You.

Di dalam 16 episod ini, Baek Hyun-woo (lakonan Kim Su-hyun) adalah anak lelaki seorang pemilik pasar raya dari luar bandar.

Isterinya, Hong Hae-in (lakonan Kim Ji-won), pula adalah anak perempuan sulung seorang pemilik konglomerat besar.

Siri drama itu menerokai kesukaran yang dihadapi pasangan suami isteri itu, Baek dan Hong, selepas berkahwin selama tiga tahun.

Queen of Tears menyaksikan Su-hyun kembali ke kaca televisyen selepas tiga tahun. Peranan terakhirnya adalah sebagai seorang protagonis dalam drama tvN 16 episod yang ditayangkan pada 2020, It’s Okay to Not Be Okay.

Su-Hyun berkata beliau menerima watak yang belum pernah beliau lakonkan sebelum ini.

“Bukan sahaja ia kali pertama saya melakonkan watak sebagai pasangan yang sudah berumah tangga, malah ia juga kali pertama saya memainkan peranan sebagai anak menantu.

“Saya mahu menyelami sedalamnya watak Baek,” kata Su-hyun, semasa satu sidang media yang diadakan di Guro-gu, Seoul, pada 7 Mac.

“Saya mahu membuat penonton ketawa dan menangis dengan memaparkan pelbagai pesona yang Baek miliki, seperti kebijaksanaan dan sifatnya yang mudah kekok,” kata Su-hyun.

Queen of Tears adalah kerjasama Su-hyun kedua bersama penulis skrip, Park. Sebelum ini, mereka pernah bekerjasama dalam drama KBS 12 episod, The Producer.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg