Topik diikuti
Pergi ke BHkuDua anak Jamal Abdillah juara 'Famili Duo'
Feb 8, 2023 | 5:30 AM
Dua anak Jamal Abdillah juara 'Famili Duo'
TIADA yang lebih bernilai daripada mempunyai abang yang dapat dijadikan sumber nasihat dan tempat bertaut kasih sayang.
Itulah yang dirasakan Ahmad Zaki Yamani, 17 tahun, selepas lapan minggu bekerja rapat dengan abangnya, Yamani Abdillah, 22 tahun, yang sama-sama berjuang untuk memberi persembahan terbaik bagi pertandingan nyanyian yang disertai mereka, Famili Duo (musim kedua).