Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua filem P. Ramlee kembali ke layar perak

Feb 10, 2022 | 5:30 AM
SUSURI JALAN KENANGAN: 'Pendekar Bujang Lapok', antara karya terbaik P. Ramlee, akan ditayangkan pada 20 Februari pada 2 petang dan 25 Februari pada 8 malam sebagai sebahagian program 'hahaha: a season of comedy' Arkib Filem Asia. - Foto MUZIUM NEGARA
SUSURI JALAN KENANGAN: 'Pendekar Bujang Lapok', antara karya terbaik P. Ramlee, akan ditayangkan pada 20 Februari pada 2 petang dan 25 Februari pada 8 malam sebagai sebahagian program 'hahaha: a season of comedy' Arkib Filem Asia. - Foto MUZIUM NEGARA -

BETAPA berpengaruhnya seniman Tan Sri P. Ramlee memang tidak dapat disangkal apabila karyanya ditayangkan hingga ke hari ini.

Arkib Filem Asia (AFA) telah memilih dua filemnya, Pendekar Bujang Lapok dan Sarjan Hassan, untuk ditayangkan bulan ini di Oldham Theatre di 1 Canning Rise.

Sarjan Hassan, sebuah filem patriotik yang diterbitkan pada 1958 dan membayangkan situasi ketenteraan dan pergelutan orang awam sewaktu tempoh pendudukan Jepun, akan ditayangkan pada 15 Februari ini pada 8 malam.

Ia adalah sebahagian siri tayangan filem sejajar dengan program 'New Light On an Old Tale: 80th Anniversary of the Fall of Singapore' oleh Arkib Negara Singapura.

Filem yang ditayangkan dalam siri ini memperingati ulang tahun ke-80 Singapura jatuh ke tangan Jepun.

Dalam pada itu, Pendekar Bujang Lapok, yang akan ditayangkan pada 20 Februari pada 2 petang dan 25 Februari pada 8 malam, adalah sebahagian program filem komedi berterusan AFA, hahaha: a season of comedy.

Tayangan filem ini, jelas AFA dalam e-melnya kepada akhbar ini, juga sangat istimewa kerana pihaknya telah menyisipkan sarikata baru yang disediakan khas bagi program ini.

"P. Ramlee sebagai sutradara, komposer, pemuzik dan pelakon adalah tokoh berpengaruh dalam persada budaya, bahasa dan kesenian Melayu di Singapura, yang telah memperluas pengaruhnya kepada negara lain di Asia Tenggara," jelas jurucakap AFA dalam e-melnya.

Tiket $10 (umum) dan $9 (pelajar, anggota Perkhidmatan Negara dan warga emas) boleh ditempah di laman AFA, https://www.asianfilmarchive.org

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg