Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dua pelakon ‘Terjerat’, Aliff Aziz dan Ruhainies, ditangkap khalwat

Mar 09, 2024 | 01:18 PM



Nama pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita Ruhainies yang merupakan rakan gandingannya dalam sebuah drama aplikasi iQiyi, Terjerat.


Mereka dikatakan dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah milik Ruhainies awal pagi 9 Mac.


Perkara itu disahkan oleh adik iparnya iaitu Didi Astillah yang ditemui di Pejabat Agama Islam bagi menemani kakaknya, Bella Astillah, lapor laman Harian Metro.


Penyanyi Adira Suhaimi juga dilihat berada di sisi Didi dan Bella.

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kondominium itu yang bertarikh 25 Februari juga tersebar, menunjukkan dua individu mirip Aliff dan Ruhainies berjalan dari lobi kondominium ke lif.

Ada masanya menunjukkan mereka sedar wujud CCTV di situ lantas cuba menutup wajah - Ruhainies dengan ‘hoodie’ dan Aliff dengan pelitup muka dan topi.

Pihak Jawi dikatakan menunggu hampir tiga jam untuk pintu dibuka sehingga terpaksa mendapatkan bantuan bomba dalam operasi cegah maksiat mereka. Bomba bertindak ingin memecahkan pintu itu tetapi ia langsung dibuka.

Anggota keluarga Ruhainies iaitu kakaknya, Risteena Munim, juga seorang pelakon dan dua adik-beradik mereka dikatakan turut hadir di premis tersebut susuli pengkapan Aliff dan Ruhainies. Mereka mendapat panggilan Ruhainies.

Namun, mereka kemudian beredar atas permintaan pegawai Jawi.

“Bagi pihak Kak Bella, saya tak mahu beri sebarang kenyataan berhubung isu ini.

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka,” kata Didi yang bergegas ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan itu.

Sementara itu, Bella yang ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tangkapan yang dibuat terhadap suaminya dan hanya dilihat mengesat air mata sahaja.

Ini bukan kali pertama Aliff yang merupakan juara peraduan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8) terbabit dalam kontroversi kecurangan dengan namanya dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita yang berlakon dengannya.


Aliff dan Bella yang mempunyai dua anak kecil pernah bercerai pada 2019 tetapi rujuk semula dalam tempoh edah.

Susuli kes itu, kededua Aliff dan Ruhainies turut dikecam warganet di ruang komen setiap berita khalwat yang disiarkan oleh pelbagai media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >