Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dua pencinta muzik vintaj pelawa 'Jom Raya!'

Apr 24, 2022 | 06:49 AM



APABILA lagu pertamanya 'Bayangan Asmara' yang berkonsepkan muzik era 1960-an mendapat sambutan di corong radio, penyanyi Singapura Imma Pink mula memikirkan idea untuk mencipta lagu Hari Raya dengan irama nostalgia pula.



Maka, tercetuslah idea menghasilkan lagu usik-mengusik antara teruna dan dara dalam musim Lebaran, 'Jom Raya!', yang dicipta Imma, 33 tahun, dengan susunan muzik dan terbitan GuzzBuzz Productions.



Imma memilih penggiat muzik pop-yeh-yeh dari band The Wisma II dan penggerak kumpulan tradisional Nobat Kota Singa, Rudi Salim, 42 tahun, untuk menjadi rakan duetnya.



Mereka memang dikenali dalam media sosial sebagai gandingan duet serasi menyusuli video muzik cover lagu P. Ramlee dan Saloma, 'Dalam Air Terbayang Wajah', yang dihasilkan sebelum ini.



Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Imma, yang nama sebenarnya Rahimah Mohamad, berkata:



"Oleh sebab saya serasi dengan irama 1960-an walaupun tidak lahir pada zaman tersebut, maka terfikir untuk saya hasilkan beberapa lagu yang mempunyai sentuhan nostalgia lagu era 1950-an dan 1960-an ini.



"Sebab lagu pertama sudah dinyanyikan secara solo, saya terfikir seronok dan meriah kalau saya rakam lagu Raya duet pula.



"Lagi pun, terdapat lirik usik mengusik, nak jalan Raya bersama serta minta duit Raya dalam lagu ini. Ada unsur saling berbalas dialog dalam lagu ini.



"Rudi langsung terlintas di fikiran sebagai rakan duet sebab memang senang bekerjasama dengannya. Lucu, selamba dan relaks. Dia kenal benar budaya kerja saya.



"Dia juga orang pertama yang mengundang saya untuk projek kugiran sessionist Orkes Pulau Ujung.



"Mengundangnya bagi projek 'Jom Raya!' adalah sebagai membalas jasanya, iaitu memberikan saya pendedahan tentang irama tradisional."



Rudi pula berbesar hati dipelawa Imma untuk menyanyi lagu Raya ini.



"Saya berterima kasih kepada Imma atas kesempatan merakam lagu Hari Raya ini. Terharu sebab dalam ramai kenalan seni yang Imma miliki, dia memilih saya untuk jayakan single keduanya ini.



"Kebiasaannya, lagu Hari Raya mempunyai elemen nostalgia dan juga memaparkan keceriaan.



"Tapi yang paling kelakar adalah rakaman foto untuk video lirik kami. Rakaman dibuat di Chinese Garden. Ada adegan turun naik bukit. Bayangkan Imma dengan kasut tinggi! Sampai tersangkut tumitnya pada rumput di situ. 'Tergolek-golek' kami ketawa," cerita Rudi yang paling menggemari lagu S. Jibeng, 'Musafir Di Aidilfitri'.



Mengulas tentang perlunya bakat Singapura menghasilkan lagu Hari Raya dengan trademark tersendiri, Imma berkata:



"Kebanyakan artis nak rakam sekurang-kurangnya satu lagu Hari Raya walaupun hanya diputar setahun sekali. Lagu Hari Raya Singapura perlu terus dihasilkan.



"Pastinya tema kita berbeza dengan lagu Hari Raya Malaysia yang banyak menyentuh tentang balik kampung. Rata-rata orang Singapura, tak ramai yang ada kampung dan tak perlu balik kampung pada musim lebaran.



"Yang penting lagu Hari Raya itu menusuk kalbu seperti lagu kegemaran saya yang dinyanyikan oleh Datuk Aishah, 'Pulanglah'. Memang dalam feel lagu ini. Tak dapat menahan sebak di dada setiap kali dengar lagu ini," jelasnya yang bertekad ingin bikin lagu balada lebih perlahan pula selepas dua lagu rancak dijana. HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >