Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua projek drama aksi cabar fizikal, minda pelakon Korea

Jul 5, 2023 | 5:34 PM
SAHUT CABARAN: Jung Hae In gemarkan babak-babak aksi yang mencabar daya fizikalnya sebagai pelakon.
SAHUT CABARAN: Jung Hae In gemarkan babak-babak aksi yang mencabar daya fizikalnya sebagai pelakon. - Foto INSTAGRAM JUNG HAE IN

Pelakon Korea Selatan, Jung Hae In kian bersemangat menebarkan sayap lakonannya malahan berpuas hati apabila siri drama D.P (Musim Kedua) bakal disiarkan di wadah penstriman Netflix tidak lama lagi.

Menurutnya, D.P kali ini tidak banyak beza dengan musim pertama drama berkenaan kerana dua musim drama tersebut terasa ibarat pecahan pada dua bahagian drama.

“Tak ada masalah jika anda menonton musim kedua tanpa menyaksikan musim pertama drama ini, walaupun saya usulkan untuk menontonnya bagi mendapatkan pengalaman menyeluruh.

“Watak ini sama dengan diri saya yang sebenar. Kadangkala serius dan kadangkala berkelakuan pelik mengikut situasi.

“Cuma sejak akhir-akhir ini, saya suka berjenaka,” jelasnya kepada laman Devdiscourse.

“Dalam banyak babak yang saya lakonkan, saya paling ingat adegan aksi yang agak ganas. Saya tidak sabar menyaksikan keseluruhan drama ini sebab ia agak mencabar. Mujurlah, tiada kecederaan yang berlaku di set,” katanya.

Jung menjayakan dua projek sekali gus, termasuk filem Veteran 2 yang menuntut cabaran fizikal bagi dirinya.

Beliau bagaimanapun menyampaikan rasa syukur kedua-dua projek tamat tanpa sebarang kecederaan.

“Walaupun agak mencabar secara fizikal untuk menangani dua projek serentak, saya agak bersyukur bahawa kita dapat selesaikan segalanya dengan segera tanpa sebarang masalah,” jelasnya.

Mengenai filem Veteran 2, Jung menganggapnya mencabar minda, khususnya apabila ia menyentuh tentang isu-isu masyarakat hari ini.

Selain projek itu, beliau juga terlibat dalam program hiburan kembara, Actors Are Traveling, di mana beliau bekerjasama dengan pelakon Yim Si Wan. Kedua-duanya mengembara ke Scotland untuk menjelajah tempat-tempat menarik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg