Premium
'Dukun' tidak mengecewakan, lakonan Umie Aida hebat
Apr 19, 2018 | 5:30 AM
LAKONAN HEBAT: Umie Aida dengan kebaya merahnya selaku penyanyi yang bertukar menjadi bomoh dan pembunuh, Diana Dahlan, mengangkat 'Dukun' menjadi karya seni yang perlu dinilai dari segi perjalanan plot yang diulit bermacam teka-teki. - Foto CATHAY CINEPLEX -
JIKA anda menjangkakan filem fenomena Dukun akan membuat anda menggigil ketakutan sepanjang tayangan atau sekejap-sekejap terperanjat di tempat duduk anda, saya kira anda pasti kecewa.
Rasa haru-biru pasti singgah ke hati kalau anda membayangkan filem arahan Dain Iskandar Said ini menceritakan riwayat hidup penyanyi yang bertukar menjadi bomoh dan akhirnya pembunuh sensasi, Mona Fandey.

