Premium
Dulu 85kg, kini Shima 49kg
Mar 23, 2021 | 5:30 AM

SUDAH LANGSING: Shima yang sebelum ini mengalami masalah berat badan (gambar kanan) sanggup meninggalkan makanan yang menjadi kegemarannya seperti roti canai dan nasi lemak dalam usaha mengurangkan berat badannya . - Foto-foto INSTAGRAM SHIMA -
DEMI kesihatan, penyanyi rok 90-an, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau popular dengan panggilan Shima sahaja, sanggup korban mengurangkan makan termasuk makanan kegemarannya sehingga akhirnya berjaya menurunkan berat badan.
Beliau yang sebelum ini mengalami sakit saraf tulang belakang, tumit kaki, kencing manis dan darah tinggi, berjaya mengurangkan daripada 85 kilogram kepada 49 kilogram sekarang.

